Tuesday, April 5, 2011

Murid maut dikatakan dipukul guru




MURID MALANG: Bapa Saiful Syazani, Encik Saiful Sopfidee berharap pihak berkuasa menjatuhi hukuman tegas ke atas guru yang memukul anaknya hingga menyebabkan kematiannya. -- Foto BHM




KANGAR (Perlis): Hanya kerana wang RM7 ($2.92), Saiful Syazani Saiful Sopfidee, tujuh tahun, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi kelmarin, selepas koma selama tiga hari akibat parah dibelasah gurunya sendiri.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.Mangsa, yang juga seorang anak yatim kerana kematian ibunya, menghembuskan nafas terakhirnya pada 8.30 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung akibat kejadian terbabit, yang berlaku di bilik asrama sekolah agama itu Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu, berkata murid tersebut disahkan meninggal dunia dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.'Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.'Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (semalam), akan disambung bagi tujuan siasatan,' kata beliau dalam laporan akhbar Harian Metro semalam.Akhbar Metro Ahad kelmarin melaporkan bahawa Saiful Syazani dibelasah oleh gurunya, yang juga warden asrama, dengan kededua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian kira-kira 7 malam, Khamis lalu.Difahamkan, punca mangsa dibelasah ialah kerana didakwa mencuri wang RM7 milik rakan sekelas.Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam melaporkan, mangsa dikatakan dapat membuka ikatan tangannya dan melarikan diri dan gurunya yang marah itu terus memukul kepalanya dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding.Menyesal, suspek kemudian dikatakan bersolat hajat selepas dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal, sebelum bergegas ke Alor Setar menziarahi mangsa.Guru berkenaan kemudian menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, setelah bapa mangsa, Encik Saiful Sopfidee Marzuki, 34 tahun, membuat laporan polis pada hari kejadian.Encik Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduk selepas solat maghrib, kelmarin, dan beliau berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment