Sunday, May 29, 2011

Bekas pembantu tulis buku hentam Palin


BUKU Blind Allegiance to Sarah Palin: A Memoir of Our Tumultuous Years.
BUKU Blind Allegiance to Sarah Palin: A Memoir of Our Tumultuous Years.

Biografi didakwa jejas reputasi tokoh Parti Republikan

JUNEAU: Seorang bekas pembantu kanan tokoh Parti Republikan Amerika Syarikat, Sarah Palin dilaporkan menulis sebuah biografi yang menjejaskan reputasinya berjudul Blind Allegiance to Sarah Palin: A Memoir of Our Tumultuous Years.
Dalam buku itu, Frank Bailey, menuduh bekas calon Naib Presiden Republikan itu bersedia untuk berhenti kerja sebagai Gabenor Alaska beberapa bulan sebelum beliau benar-benar meletak jawatan dan gembira melepaskan jawatannya apabila berpeluang.
“Pada 2009, saya dapat rasa jika Palin berjaya ke Rumah Putih tetapi saya terus berdiam, saya tidak akan maafkan diri saya,” kata Bailey.

Peguam Palin tidak pula memberikan maklum balas kepada beberapa permintaan untuk memberi komen mengenai cerita berkenaan.

Blind Allegiance to Sarah Palin: A Memoir of Our Tumultuous Years mula dijual Selasa dan berdasarkan kepada berpuluh-puluh e-mel yang dikatakan Bailey disimpan ketika beliau bersama Palin.

Ia bermula dengan kempen gabenornya pada 2006 dan berterusan dengan kegagalan beliau bertanding Naib Presiden pada 2008 dan tugas singkat beliau sebagai gabenor.
Pejabat peguam Alaska memberitahu, mereka menyiasat penggunaan e-mel oleh Bailey. Undang-undang etika eksekutif melarang bekas pegawai awam menggunakan maklumat yang diperoleh ketika bekerja untuk kepentingan peribadi jika maklumat terbabit tidak disebarkan secara umum.

Alaska belum menyiarkan beribu-ribu e-mel yang dihantar dan diterima Palin ketika dua setengah tahun bertugas sebagai gabenor.

Peguam bela tertuduh pula berkata, Bailey benar-benar menjaga ‘dengan baik’ untuk memastikan tulisan beliau adalah konsisten dengan keperluan undang-undang.

Disifatkan sebagai buku pertama Palin oleh seorang bekas pembantu, penulisan itu meningkatkan persepsi Palin sebagai ‘layan diri’ manakala Bailey sebagai kerahan bersedia untuk melakukan kerja kotor, tidak perlu dipersoalkan lagi.

Bailey menjadi nota kaki dalam sejarah politik Alaska dengan terbabit dalam satu siasatan pemecatan pesuruhjaya polis beliau berikutan dakwaan pegawai kanan terbabit tidak akan memecat Mike Wooten, yang bercerai dengan adik Palin.

Bailey dirakamkan menyoal siasat seorang pegawai kanan mengenai mengapa Wooten masih lagi bertugas. Bailey, yang juga pengarah lembaga dan suruhanjaya Palin diberikan cuti selepas berita mengenai rakaman itu bocor, walaupun beliau mendakwa tindakannya itu ada kaitan dengan suami Palin, Todd. – Agensi Berita Harian Online | Bekas pembantu tulis buku hentam Palin

No comments:

Post a Comment