Sunday, May 29, 2011

Banyaknya perasuah diMalaysia!

Sogok RM200 juta, 442 dicekup

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seramai 442 pemberi rasuah melibatkan sogokan hampir RM200 juta sejak April tahun lalu hingga Mac lepas.

Daripada jumlah yang ditahan, seramai 282 orang adalah warga tempatan manakala baki 160 orang lagi adalah rakyat asing termasuk 20 daripadanya adalah wanita.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati kebanyakan mereka ditahan kerana memberi sogokan kepada kakitangan jabatan kerajaan terutamanya pihak berkuasa.

"Jumlah tangkapan tertinggi dibuat oleh SPRM Negeri Sembilan iaitu seramai 97 orang diikuti Johor iaitu 77 orang," katanya ketika ditemui pada Majlis Penerangan Pencegahan Rasuah kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Akademi SPRM, Jalan Duta di sini semalam.

Menurut Sutinah, sebahagian besar tangkapan yang dibuat itu adalah hasil daripada perkongsian maklumat bersama NGO.

Jelas beliau, dalam menangani gejala rasuah dari seluruh pelosok negara, SPRM tidak mampu melakukan tugas pencegahan secara bersendirian sebaliknya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment