Sunday, May 29, 2011

Dalang guna Facebook hina Islam akan diburu


BUTTERWORTH: Da­lang yang menggunakan la­­­­­­­­­­man sosial Facebook untuk meng­­­­hina Islam tidak akan ter­lepas daripada tindakan ke­­rana beberapa agensi pe­­­­nguatkuasa sedang membu­­ru pihak terbabit.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ber­­kata pihaknya sedang ber­­bincang dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta polis bagi mengesan individu menghina Islam melalui Facebook.
“Kami sedang bekerjasama dengan agensi terbabit bagi membendung isu menghina Islam yang makin ketara sejak kebelakangan ini dan hanya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.
“Kita beri peringatan ke­­pada pihak yang sengaja tim­­­­­­bulkan kemarahan orang Islam dengan cara membuat provokasi melalui laman sosial bahawa kita sebenarnya sedang memantau mereka,” katanya selepas merasmikan majlis ulang tahun ke-20 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Darul Hikmah, Bagan Lebai Tahir, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir di majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad dan ADUN Permatang Berangan, Shabudin Yahaya.

Jamil Khir mengulas tindakan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kira-kira 10,000 ahlinya membuat laporan polis berhubung kenyataan dalam laman blog yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW seperti yang dilaporkan akhbar ini, kelmarin.

Beliau berkata, umat Islam di negara ini perlu bersatu dan usah mudah terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam termasuk melalui laman sosial di internet.
“Ada kalanya nama tertentu digunakan dalam Facebook untuk mengelirukan orang Islam. Perbuatan itu (menghina Islam) tidak sepatutnya berlaku walau atas nama apa sekalipun dan jangan lupa, negara ini ada undang-undang,” katanya.
Berita Harian Online | Dalang guna Facebook hina Islam akan diburu

No comments:

Post a Comment