Monday, May 2, 2011

Obama jadikan Trump bahan sendaan di depan wartawan

myMetro WASHINGTON: Presiden Barack Obama mencetuskan ketawa apabila dia mempersenda bilionair hartanah, Donald Trump, ketika menghadiri majlis makan malam Persatuan Koresponden Rumah Putih, semalam.
Kata Obama, Trump semakin lantang sejak akhir-akhir ini.

“Dia sangat gembira kerana akhirnya dapat memberi fokus kembali kepada isu yang penting, seperti adakah kita memalsukan pendaratan di bulan satu ketika dulu? Apakah yang sebenarnya berlaku di Roswell?” katanya, disambut tepukan gemuruh dan ketawa hadirin.

Trump turut berada di majlis makan malam itu.

Roswell - kawasan terpencil di New Mexico - didakwa sesetengah pihak menjadi tempat pesawat makhluk asing terhempas pada 1947.


Minggu lalu, Trump mengkritik Obama dan menimbulkan isu asal-usul Presiden AS.

Kenyataan itu dibuat ketika dia cuba melihat reaksi orang ramai terhadap hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Katanya, Obama tidak layak menjadi presiden kerana bukan dilahirkan di AS.

Menurut Obama, Trump biasanya membuat keputusan penting seperti dibuktikan dalam program realiti televisyen The Apprentice.

“Keputusan dibuatnya itulah yang mendorong saya berjaga malam. Sangat bagus, tuan.


“Saya rasa kita semua tahu pengalaman luas serta kewibawaan Trump. Katalah apa saja kepadanya dan dia akan membawa perubahan di Rumah Putih,” kata Obama. - Reuters

No comments:

Post a Comment