KUALA LUMPUR: “Jika ada bukti, lelaki itu patut dibawa ke muka pengadilan kerana kesalahan berkahwin lebih daripada empat isteri,” kata Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Dr Niekmah Adam.
Beliau mengulas mengenai seorang lelaki dipercayai mempunyai isteri di setiap negeri berjumlah 15 orang, sama ada dinikahi secara sah atau sebaliknya yang disiarkan Metro Ahad, semalam.
Tembelang lelaki itu terbongkar apabila isteri kelimanya yang berusia 34 tahun menyiasat status suaminya kerana sering didera fizikal dan mental hingga keguguran ketika kandungan berusia dua bulan. Lelaki berkenaan didakwa turut memiliki barang pelik seperti batu nisan mangsa maut kemalangan, buluh perindu, patung kayu serta bahan pelik lain dipercayai menjadi senjata untuk memikat wanita. Niekmah berkata, lelaki itu bukan saja menganiayai wanita, menipu, tidak menunaikan kewajipan kepada keluarga, memukul dan menghina, bergaul dengan mereka secara patut malah melakukan dosa besar menggunakan ilmu sihir dan mencuri.
“Justeru, wanita yang teraniaya perlu berani tampil menegakkan keadilan. Jika tidak dia seperti bersubahat dengan perbuatan lelaki berkenaan dan mungkin lebih ramai lagi wanita yang tertipu sama ada terkena sihir atau tidak.
“Selain itu saya ingin tegaskan mengenai bahaya bercinta melalui Internet kerana lebih mudah terdedah kepada penipuan seperti yang berlaku kepada salah seorang mangsa,” katanya.
Beliau berkata, lelaki berkenaan yang pasti sudah banyak melakukan maksiat, tidak takut kepada Allah serta membuat kejahatan demi kejahatan perlu ditangkap dan disiasat pihak berkuasa, malah jika sabit kesalahan dia sepatutnya dihukum supaya tidak menipu lebih ramai wanita.
“Lelaki terbabit perlu ingat, jika dia terlepas di dunia, tapi yang pasti tidak akan terlepas dari hukuman di akhirat.
“Perbuatan menipu, amalan ilmu hitam, mendera isteri, tidak bertanggungjawab serta mencuri harta isteri melanggar hukum yang lelaki diharuskan berkahwin maksimum empat isteri, itu pun dengan syarat yang ketat,” katanya.myMetro

No comments:
Post a Comment