Wednesday, May 4, 2011

Operasi dirahsia daripada Pakistan



WASHINGTON: Analisis risikan yang disiapkan bertahun-tahun bagi mencari Osama bin Laden di Pakistan hanya memerlukan tiga perkataan - 'It's a go (Ia boleh dilaksana)' - oleh Presiden Barack Obama untuk serbuan dilancar sehingga ketua Al-Qaeda itu berjaya dibunuh.
Operasi singkat di bandar Abbottabad, Pakistan, awal kelmarin itu kelihatan bertentangan dengan persiapan berbulan-bulan yang dilakukan bagi menyatukan bukti-bukti yang akhirnya menunjukkan lokasi Osamaa.Sejak Osama melarikan diri ke Tora Bora, kawasan pergunungan di Afghanistan, berikutan serangan pengganas di New York dan Washington pada 11 September 2001, langkahnya sukar dijejak pasukan perisik Amerika.Namun, para pegawai kanan berkata pada September lalu mereka berjaya mengaitkan kegiatan dua utusan khas Osama dengan sebuah rumah mewah di Abbottabad.Akhbar The New York Times melaporkan dua ejen Pakistan yang bertugas dengan Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika berjaya mengenal pasti salah seorang utusan itu dan mengekorinya hingga ke tapak di Abbottabad itu.Disember lalu, pegawai risikan yakin ada 'sasaran nilai tinggi' di tempat itu, tetapi pegawai pentadbiran Encik Obama belum 100 peratus yakin Osama ada di sana sehingga detik dia dibunuh.Menjelang Mac lalu, Encik Obama cukup yakin mengenai maklumat risikan itu lalu mengarahkan tentera merancang serangan.Bulan lalu beliau diberi tiga pilihan - menghantar pasukan khas bagi menangkap atau membunuh suspek; melancar serangan kilat, seperti satu serangan bom; atau menunggu perkembangan lanjut risikan.Semuanya dirahsiakan.Akhirnya Encik Obama memilih menghantar pasukan khas tentera melalui helikopter bagi meninjau dan melakukan serbuan, walaupun ia berisiko mencetus kemarahan Pakistan. -- AFP.

No comments:

Post a Comment