Wednesday, May 4, 2011

Pakistan nafi lindungi Osama



ABBOTTABAD (Pakistan): Presiden Pakistan, Encik Asif Ali Zardari, menolak pandangan umum bahawa pasukan keselamatan negaranya mungkin telah melindungi Osama bin Laden sebelum ketua Al-Qaeda itu dibunuh pasukan tentera Amerika Syarikat.
Britain pula menegaskan ia mahu meminta penjelasan daripada Islamabad bagaimana Osama boleh tinggal tanpa dikesan dalam sebuah rumah mewah di bandar yang dikawal rapi tentera Pakistan.Namun, akur akan kerumitan menangani negara berkuasa nuklear yang kurang stabil itu, Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, berkata mencetuskan 'tengkarah besar' dengan Islamabad bukan kepentingan Britain.Ulasan Encik Zardari menerusi sebuah rencana dalam akhbar The Washington Post semalam ialah jawapan rasmi pertamanya terhadap kesangsian yang ditunjukkan penggubal dasar Amerika dan pengkritik lain, yang mungkin memburukkan lagi hubungan antara Islamabad dengan penyokongnya dari Barat.Osama dibunuh dekat sebuah akademi tentera di Abbottabad, sebuah bandar di barat laut Pakistan, dan bukan di kawasan sempadan Afghanistan yang terpencil, tempat dia diandaikan bersembunyi.Ini dilihat sebagai kemungkinan ada pakatan sulit antara pasukan keselamatan Pakistan dengan Osama, yang sekian lama disyaki pegawai Barat walaupun ada beberapa penangkapan anggota kumpulan Al-Qaeda di negara itu sejak 2001.'Sesetengah pihak dalam akhbar Amerika berkata Pakistan kurang gigih dalam memerangi pengganasan, atau lebih teruk lagi bahawa kami kurang jujur dan sebenarnya melindungi pengganas yang kami dakwa sedang diburu.'Spekulasi tidak berasas itu mungkin menjadi berita menarik pihak berita kabel, tetapi ia tidak mencerminkan fakta sebenar,' kata Encik Zardari dalam tulisannya.Hubungan antara dua negara sekutu itu kian tegang di tengah-tengah dakwaan Amerika bahawa Pakistan menyokong militan di Afghanistan dan Pakistan berhubung serangan tentera udara Amerika dan kegiatan merisik di Pakistan.Isu itu Januari lalu selepas seorang kontraktor Agensi Risik Pusat (CIA) menembak mati dua warga Pakistan.Sementara itu, Australia memberi amaran semalam tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas ke atas sasaran-sasaran Barat di Pakistan berikutan pembunuhan Osama.'Ada kemungkinan amat tinggi mengenai ancaman pengganas terhadap tempat-tempat di Pakistan yang sering dikunjungi rakyat Australia dan negara Barat lain,' kata Jabatan Ehwal Luar dan Dagangan Australia. -- AP, AFP.cyberita

No comments:

Post a Comment