Wednesday, May 4, 2011

Tunggu masa sahaja kematian Osama dijadikan filem



LOS ANGELES: Mungkin hanya menunggu masa saja sebelum peristiwa pembunuhan Osama bin Laden oleh pasukan khas tentera Amerika Syarikat dijadikan filem Hollywood. Kemungkinan seorang pengarah yang pernah memenangi anugerah Oscar mendahului yang lain dalam usaha itu, menurut laporan-laporan semalam.
Kathryn Bigelow, penyandang anugerah itu tahun lalu bagi The Hurt Locker, sudah pun mengusahakan filem mengenai kematian ketua Al-Qaeda itu, yang kini boleh difikirkan semula berikutan operasi tentera Amerika di Pakistan kelmarin.Menurut laporan akhbar Hollywood Reporter, Bigelow sedang membincangkan satu projek bertajuk 'Kill Bin Laden' berdasarkan usaha menjerat ketua Al-Qaeda itu yang gagal sebelum ini.Beliau dan penulis skrip, Mark Boal, yang bekerjasama bagi drama perang, The Hurt Locker, telah bertemu dengan para pelakon bagi projek itu apabila perkembangan mengejutkan itu terjadi.'Tapi sekarang Osama sudah mati. Apa yang bakal berlaku pada projek 'Kill Bin Laden'?' tanya laporan itu sambil menambah projek asal itu didasarkan 'atas misi Black Ops oleh tentera Amerika untuk menangkap ketua Al-Qaeda itu'.Terdapat sejarah panjang mengenai filem-filem Hollywood berdasarkan peristiwa sebenar, daripada JFK kepada Titanic, atau baru-baru ini, United 93 - tentang keberanian penumpang yang mencegah pesawat keempat mengenai sasaran dalam peristiwa 9/11.Kematian Osama kini mungkin membantu projek Bigelow itu, menurut akhbar harian industri filem itu. -- AFP.

No comments:

Post a Comment