KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis berhubung penerimaan ugutan melalui SMS daripada individu tidak dikenali yang mengancam keselamatan anaknya jika dia terus menyokong bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi semalam, beliau mendakwa SMS berbentuk ‘ancaman serius’ terhadap anaknya itu diterima beberapa kali termasuk terbaru pada Rabu dan Khamis lalu.
Menurutnya, individu tidak dikenali itu mengancam akan melakukan sesuatu terhadap anaknya seperti kejadian yang menimpa Sharlinie dan dia tidak akan dapat menyelamatkan anaknya.
Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan diculik pada 20 Oktober 2007.
“SMS terbaru yang diterima turut mengancam saya supaya mendesak ayah berhenti daripada politik dan jika tidak sesuatu akan berlaku kepada anak saya.-mymetro
No comments:
Post a Comment