Saturday, May 14, 2011

Tunggu MyKad tujuh tahun


KUANTAN: Seorang wanita yang dibawa bapanya ke Indonesia ketika berusia setahun sebelum kembali semula ke negara ini 20 tahun kemudian, dalam dilema kerana masih gagal memperoleh MyKad walaupun sudah tujuh tahun mengemukakan permohonan. 


Hasnita Hamid, 28, yang mempunyai sijil kelahiran Malaysia kerana dilahirkan di Jengka Tiga, Maran pada 19 Ogos 1983, dilarikan bapanya warga Indonesia, Hamid Zakaria ke Pulau Sumbawa berhampiran Pulau Lombok.
Bapa saudaranya, Jamaluddin Mahmud, 47, dari Felda Bukit Sagu Satu, di sini, berkata Hamid mengahwini kakak iparnya, Saadiah Man pada awal 1980-an dan selepas Hasnita dilahirkan, lelaki itu melarikan anak mereka.
“Hasnita hanya tahu dia dilahirkan di Malaysia dan ada ibu di sini. Dia akhirnya bertemu ibunya di rumah neneknya di Felda Jengka Tiga, Maran,” katanya di pejabat The New Straits Times (NSTP), di sini semalam. -bharian

No comments:

Post a Comment