HEFNER bersama Crystal ketika detik bahagia mereka. |
LOS ANGELES: Tunang Hugh Hefner yang berusia 25 tahun, Crystal Harris membatalkan perkahwinan mereka di California. Perkara itu didedahkan pengasas Playboy berusia 85 tahun itu di laman Twitternya, semalam.
“Perkahwinan itu dibatalkan,” tulis Hefner. “Crystal sudah berubah hati.” Hefner melamar Crystal supaya mengahwininya ketika parti Krismas tahun lalu.
Satu majlis sudah dirancang Sabtu ini di rumah agam Playboy milik Hefner, kediaman mewah gaya Gothic di Beverly Hills. Perkahwinan itu sepatutnya menjadi perkahwinan ketiga buat Hefner.
Crystal tidak menjelaskan mengapa dia meninggalkan Hefner kecuali tulisannya dalam akaun Twitter miliknya mengatakan keputusan itu diambil selepas ‘merenung serta berfikir secara mendalam’ dan dia juga akan terus menghormati Hefner.
Komen awal Crystal di Twitter mengenai perpisahan itu lebih mengelirukan: “Ada dua kesilapan dilakukan seseorang dalam perjalanan menuju kebenaran,” tulisnya. “Tidak dilakukan dengan sepenuh hati dan tidak pernah memulakannya.” Menurut gosip dalam laman TMZ.com, sumber di rumah agam Playboy berkata, pasangan itu bertengkar di telefon hujung minggu lalu dan Crystal tidak lagi tinggal di rumah berkenaan. Crystal juga menulis bahawa dia berharap media akan memberi ruang yang diperlukan pada masa ini kepada mereka.
No comments:
Post a Comment