Wednesday, August 31, 2011

Kisah Benar Melayu/ Islam Berlindung Di Gereja

Melayu Berlindung Di Gereja Bukan Kisah Dongeng!

Baru-baru ini Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.
Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti” sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.
Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.
Sementara peguam mereka pula, Annou Xavier berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi “harapan” kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.
Bagaimanapun, katanya, pada “malam yang malang itu”, JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.
Sejujurnya saya tidak mahu prejudis atau berprasangka kepada mana-mana pihak, apatah lagi sekiranya mereka mendakwa mereka melakukan kerja amal dan sebagainya.
Cuma saya teringat pada satu peristiwa yang berlaku kira-kira dua tahun lepas di sebuah gereja yang terletak di atas bukit di Batu Arang, Rawang, Selangor.
Ada pihak yang mendakwa ia bukanlah gereja daripada erti kata yang sebenarnya, tetapi sudah bertukar menjadi Rumah Perlindungan HIV yang dikendalikan sekumpulan mubaligh Kristian.
Gereja ini juga dikenali sebagai White House (walaupun bentuknya jauh berbeza dari kediaman Presiden Amerika yang terletak di Washinton itu)
Ia ada salib yang besar, setiap pintu bilik digantung gambar Jesus Christ, ada kata-kata yang dipetik dari buku Bible dan terdapat sebuah dewan syarahan besar yang penuh dengan lambang agama berkenaan.
Mereka mendakwa mereka membantu para pesakit HIV/AIDS yang terbiar di jalanan, tanpa ada niat yang ‘terselindung’
Ya, saya kagum dengan usaha itu.
Cuma yang agak ‘menggerunkan’, hampir sebahagian daripada mereka yang berlindung di dalam premis itu adalah orang Melayu, orang Islam!
Selama ini saya hanya mendengar ramai anak Melayu yang berlindung di dalam gereja, majoritinya mereka yang daif dan berpenyakit.
Katanya ini kerana masyarakat Melayu atau Islam sendiri memandang keji terhadap golongan ini hingga mereka tidak tahu ke mana hendak mengadu.
Akhirnya mubaligh Kristian membawa mereka ke rumah perlindungan atau gereja seperti di White House ini.
Walaupun pihak gereja ada menyediakan bilik kecil yang mereka dakwa surau untuk membolehkan penghuni Islam beribadat, namun realitinya kehidupan penghuni Islam di situ tidak ada banyak bezanya dengan penghuni bukan Islam.
Mereka tinggal di dalam bangunan yang dipenuhi mubaligh Kristian, mereka berkumpul di dewan ‘syarahan’ Kristian, dan bilik tidur mereka juga dihiasi dengan gambar Jesus seperti mana yang saya katakan tadi.
Saya rasa penganut agama Kristian juga akan merasa tidak selesa sekiranya perkara itu terjadi kepada penganut mereka….apa perasaan mereka agaknya jika saudara seagama mereka tinggal di bangunan yang dipenuhi Ustaz, berkumpul di dewan solat dan tidur di bilik yang dipenuhi ayat suci Al-Quran yang bergantungan.
Alhamdulilah, dengan inisiatif seorang guru agama terkenal, Ustaz Muhammad Amin, pada 13 Julai 2009, saya  dan rakan-rakan serta sekumpulan NGO yang diketuai oleh Muhammad sendiri bertolak ke gereja berkenaan dengan berbekalkan satu misi- mengeluarkan semua pesakit Melayu dan Islam dari gereja itu.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ
Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’
Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV
Melihat saja kelibat mereka, saya hampir menitiskan airmata, kesemua mereka yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu
Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad
Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi oleh masyarakat sekeliling
Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat
Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga
Untuk pengetahuan anda, saya sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan
Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh
Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut
Saya tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya
Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang demi seorang anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati.
Saya berharap dalam membantu golongan yang memerlukan, sama ada kerana penyakit, kedaifan dan kemiskinan, kita sebagai umat Islam kena betul-betul membantu dalam erti kata yang sebenarnya.
Agensi-agensi yang diberi amanah harus melaksanakan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh.
Adalah mudah untuk mencari kesalahan tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah, tindakan yang pro-aktif perlu disemai dalam setiap sanubari agar golongan sebegini dapat dibantu dalam menjalani kehidupan yang singkat ini
Yang paling penting, sekiranya kita tidak mahu iman dan akidah saudara kita dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kita sendiri terlebih dahulu kena memnghulurkan tangan dan menarik mereka keluar dari segala kesulitan ini.
Saya masih ingat kata-kata Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin
Katanya memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian.
Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.
Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.
Menurut beliau, pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan.
Contohnya, gerakan kepada masyarakat orang Asli.
Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini.
Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi.
Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.
Selain itu, menurut Dr. Ab. Aziz, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang.
Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’.
Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.
Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.
Kesimpulannya jika kita tidak bertindak cepat dalam menangani permasalahan ini, jangan terkejut jika lebih ramai umat Islam di muka bumi ini akan menghuni pusat perlindungan seperti di White House…atau gereja…atau apa saja nama dan gelaran yang kita beri padanya!
Inilah cerita saya. Bukan kisah dongeng. Bukan dusta semata. Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Sambut kemerdekaan seperti sambut ulang tahun UMNO?


Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan umno sahaja. Ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin alHelmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi. Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini. Sebaliknya yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.

Pada hal kewujudan umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946. Malahan slogan umno peringkat awal ialah Hidup Melayu. Laugan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda. Maknanya umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan. Pada hal golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).

[Gambar - para pejuang sebenar menuntut kemerdekaan, bukan Umno.....]

Tentu rakyat bertanya siapa pemimpin umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan? Ini membuktikan umno ialah anak emas penjajah. Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara. Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan umno

Ustaz Idris Ahmad
AJK Kerja PAS Pusat

sumber dari buletin online

WikiLeaks : Kerajaan Persekutuan mencurahkan jutaan ringgit kepada Sarawak (Taib Mahmud) sebagai 'terima kasih' kerana membekalkan kerusi yang cukup untuk BN



Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang diagihkan di negeri itu.

Menurut ketua bahagian politik Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, ketika itu, Mark D Clark: “kerajaan negeri Sarawak sangat korup dan dalam gengaman kukuh ketua menterinya".


"Dewan Undangan Negeri bernilai AS$ 82 juta (RM300 juta) yang sedang dibina itu mungkin lambang atau contoh paling jelas membuktikan bagaimana ketua menteri dan pegawai-pegawai kanannya menjadikan diri masing-masing kaya,” tulis Clark pada kabel bertarikh13 Oktober, 2006 dan didedahkan oleh portal pembocor maklumat kontroversi Wikileaks.

Dalam sebuah lagi kabel lain yang bocor tiga tahun kemudian, Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa kerajaan Taib "mengeluarkan permit penebangan balak sambil meronda negeri yang tidak dibangunkan itu dengan menggunakan 14 helikopter. Syarikat-syarikat keluarganya juga dikatakan menguasai sebahagian besar ekonomi Sarawak."

Kabel ini berdasarkan lawatan oleh seorang kaunselor politik kedutaan yang melawat Sarawak pada 12-14 Oktober, 2009.

Kaunselor politik itu juga melaporkan bahawa dia telah disambut oleh timbalan ketua menteri, ketika itu, Tan Sri George Chan (kiri) di sebuah rumah agam yang baru dibina bersebelahan padang golf yang paling eksklusif di Kuching.

"Chan memberitahu bahawa sejak pilihan raya umum Mac 2008, kerajaan persekutuan telah 'mencurahkan jutaan ringgit' untuk pembangunan negeri itu," kata kabel yang bocor bertarikh 2 November, 2009 itu.

"Beliau menyifatkan peruntukan itu sebagai satu bentuk 'terima kasih' kepada kerajaan negeri Sarawak kerana membekalkan kerusi yang mencukupi bagi BN yang membolehkan gabungan itu mengekalkan majoritinya di Dewan Rakyat.”

Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat juga telah berjumpa dengan seorang petugas operatif PKR, Baharuddin Moksin, yang mengadu ketidakupayaan dan kegagalan pembangkang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi.

"(Baharuddin) Moksin berkata bahawa walaupun parti-parti pembangkang berjaya menyewa sebuah helikopter semasa pilihan raya kecil Batang Ai pada April, kerajaan negeri enggan memberikan hak pendaratan bagi helikopter mereka.

"Baharuddin menjelaskan bahawa di Sarawak, hanya tiga syarikat, - Cahaya Mata Sarawak, Naim Cendera Holdings dan Titanium Management Berhad - semuanya dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri, adalah 'pemain utama dalam negeri," kata kabel itu.

"Semua kontrak utama dan sebahagian besar tanah yang ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit (termasuk tanah istiadat dan hak pribumi yang enggan diiktiraf oleh kerajaan negeri) telah diberikan kepada ketiga-tiga syarikat ini." - Malaysiakini

Umno binatang ternak British?




Berikut ialah penjelasan M S Ibrahim Al-Malbar mengenai sejarah tanahair yang digelapkan oleh Umno di bawah berita Malaysiakini 31/8/11 bertajuk "Dr M bimbang ada pihak cuba pesong fakta sejarah":
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam. Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."
Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia.
PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti2 kiri melayu dan AMCJA (Majlis Bergerak Serentak Malaya) terdiri dari parti2 kiri bukan melayu telah bergabung (macam Pakatan Rakyat pada hari ini) dan merupakan kemuncak perjuangan menuntut kemerdekaan secara berlembagaan dan merupakan persatuan berbagai kaum yang terbesar di Tanah Melayu. PUTERA + AMCJA telah mengemukakan sepuluh prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka, ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, tetapi British menolak cadangan tersebut dan British berpakat dengan umno untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang bersedia untuk meneruskan dasar dan sistemnya, maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah umno. 18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?.
Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu 1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British 2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok sterling 3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka. Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu (arwah ayah teman pun jadi SC). Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah....

Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata "kemerdekaan setengah masak", apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu)termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong.
Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termasuk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka' dengan mengatakan "..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka” inilah ejekkan umno terhadap PKMM.
Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak, barua dan balaci British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu. Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan.
20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap.
Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar umno ialah umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi, Jahat dan Zalim sungguh umno, semoga Laknat Allah atas umno dari dulu hingga kini yang masih kekalkan sistem kufar itu.
Orang melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana umno adalah kuli batak, barua, balaci dan bolehlah dianugerahkan sebagai `binatang ternak’ British maka umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney dibeberapa tempat di negara ini.
Celaka umno Laknatullah, kamu telah hancur musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mengwujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri, demi kuasa kamu sanggup jadi `binatang ternak’ British dan `binatang ternak’ setan, umno adalah `thoghut’ dulu dan kini...
sumber penarik beca 

Sejarah merdeka yang digelapkan - Tok janggut bunuh sarjan Sulaiman


Aris Awang menulis:
Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. - ArisAwang.
Juga ditulis:
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh.

Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan. - Idib.
Baca seterusnya di blog ArisAwang.

Sultan Kelantan yang takut tak sanggup hilang kuasa dan takhta bersetuju istiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka dan orang melayu yang 'menyembah' sultan tak berani walaupun untuk 'sembah derhaka', apa lagi la nak menderhaka pasai takut ditimpa daulat.

Selama ni kita cuma dibagitau yang Tok Janggut menentang British tapi tak dibagitau yang Tok Janggut jugak menentang orang melayu yang menjadi pengawal kepada British dan Tok Janggut menderhaka kepada sultan Kelantan. Kita cuma dibagitau yang British mengupah tentera Gurkha dari India untuk menentang 'pengganas'.


source: http://cenangau.blogspot.com/2011/08/sejarah-merdeka-yang-digelapkan-tok.html#ixzz1WcAdh4Od

Orang Melayu jadi barua British bunuh Tok janggut


Mayat Tok Janggut Yang dibunuh British... Apakah orang melayu (barua British) tak terlibat dengan pembunuhan Tok Janggut?


Askar British berehat sekejap setelah penat melakukan serangan yang mengakibatkan pembunuhan Tok janggut... apakah orang melayu (barua British) tidak terlibat dengan pembunuhan Tok Janggut?

begitu sadis tindakan British lakukan terhadap Tok Janggut. Mayatnya digantung dan diarak dengan tujuan hendak memalukan pejuang Muslim yang pertahankan hak rakyat muslim yg majoritinya berbangsa melayu ketika itu.. tiba2, yg terlibat sama dalam melakukan penghinaan terhadap jenazah Tok Janggut ini adalah orang melayu yang menjadi barua British.... mungkin barua British ini yang mahu dipertahankan oleh UMNO??
barisan tentera yg terlibat dalam serangan pembunuhan terhadap Tok janggut dan pejuang-pejuang Muslim bersama beliau. di baris hadapan, askar British. dibahagian tengah, askar sikh dan dibahagian belakang adalah orang melayu (barua British)...

 


Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.


Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?


Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.


Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.


Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu


Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.


Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.


Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.


Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)


Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.


Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.


United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.


Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.


Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Lanchau. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.


Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.


Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.


Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.


Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.


Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.


Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.


Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.


Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.


Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.

PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng



MELAKA, 29 Ogos: PAS Melaka tetap mendakwa isu yang berkait dengan pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menggunakan wang zakat adalah suatu penyelewengan kerajaan negeri.
Ekoran itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari (gambar) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Alai, baru-baru ini berhubung laporan yang dibuat sebelum ini.
“Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat sebanyak RM13.5 juta bagi membina bangunan Maim,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Persoalannya, kata beliau kenapa wang zakat digunakan sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk membina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik Maim.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah mendakwa, ekoran itu bukan sahaja wang zakat habis tetapi tanah milik Maim juga ‘hilang’.
Mengenai laporan kepada SPRM pada 28 Februari lalu, beliau melahirkan rasa kecewa apabila suruhanjaya itu menganggap ia hanya kesalahan teknikal dan tidak terdapat perbuatan rasuah.
Menurutnya, pihak SPRM menganggap ia hanya Maim berhutang dengan pusat zakat dan akan membayarnya nanti.
Beliau juga dimaklumkan bahawa duit zakat yang digunakan Maim itu adalah duit ‘lebihan’ sedangkan masih ramai golongan miskin tidak tidak mendapat pembelaan melalui agihan wang zakat.
Katanya, lebih mengecewakan lagi apabila pada pertemuan dengan SPRM baru-baru ini menjadi panas sehingga pihak suruhanjaya itu menutup perbincangan dengan menyatakan "PAS siasatlah sendiri".
“Tak mengapa, nanti kita akan siasat dan akan dedahkan perkara ini kepada rakyat bahawa ia merupakan penyelewengan pihak berkenaan terhadap wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang berhal menerimanya,” ujarnya.
Menurutnya, banyak lagi perkara yang berkait dengan penyelewengan dan pembaziran wang rakyat oleh kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak diketahui oleh rakyat.
Beliau menambah, PAS negeri akan mendedahkan perkara itu agar rakyat dapat mengetahuinya dan menilai kerajaan negeri yang ada sekarang sejauh mana berusaha untuk membantu mereka atau menyalahgunakan kuasa.harakahdaily

Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno


BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah.
Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM).
Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah.
"Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah," jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif.
Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem 'Bukit Kepong' arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai.
Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah. 
Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British.
Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium.
"Contohnya pandangan Imam Khomeini sendiri jelas tentang Komunis. Semasa hayatnya dia sendiri mengatakan blok komunis bakal tinggal kenangan dalam muzium. Hari ini benar-benar berlaku," katanya.
Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato' Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja.
Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara.
"Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah," tegasnya.harakahdaily

Rayakan rakyat buat perubahan PRU 13



KUALA LUMPUR, 30 Ogos: “Marilah bersama-sama kita mengubah apa yang berlaku sekarang supaya kita dapat menghayati suasana ‘raya’ dengan lebih bermakna lagi.
“Rayakan rakyat dengan membuat perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang,” kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS), Mohd Firdaus Jaafar.
Beliau berkata, sambutlah tetamu yang berkunjung bukan sekadar dengan juadah tapi juga dengan maklumat terkini dan isu-isu yang tidak dimainkan di media arus perdana.
Tambahnya, jadikan minda rakyat bebas daripada penipuan Umno BN, juga ‘rayakan’ rakyat dengan menolak kebatilan.
Beliau juga mengajak umat Islam bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada semua sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga dapat mengisinya dengan agenda-agenda yang membawa kepada ketaqwaan yang sejati.
“Setelah kita berjaya menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai satu tanda kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah SWT,” ujarnya dalam perutusan Idulfitri 1432H yang disambut hari ini.
Katanya, Ramadhan diharap dapat membentuk diri mengenali sifat kehambaan kepada Allah SWT dengan lebih mendalam supaya selepas ini akan senantiasa mematuhi setiap suruhan-Nya.
Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, dengan latihan ubudiyah selama sebulan insya Allah telah dapat memenuhi KPI berpuasa iaitu ketaqwaan kepada Allah SWT.
Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, LaPAS ingin menasihati agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.
Katanya, banyakkan bersabar memandangkan jumlah kenderaan yang banyak dan keadaan jalan raya yang sesak sudah pastinya menimbulkan suasana yang tidak selesa namun sekiranya patuh pada undang-undang yang ada, sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan.
LaPAS juga, ujarnya ingin berpesan kepada semua pengguna agar lebih bijak dalam berbelanja bagi menghadapi musim raya.
Serunya, gunakanlah sepenuhnya hak sebagai pengguna supaya tidak diambil kesempatan oleh para peniaga dengan sewenang-wenangnya.
“Berhemahlah dalam berbelanja kerana umumnya pasti mengetahui bahawa janji ‘pak menteri’ yang harga barang tidak akan naik menjelang musim perayaan hanyalah ‘omong kosong’ demi untuk ‘menyelerakan’ halwa telinga rakyat yang mana pada hakikatnya sudah pasti berlaku kenaikan harga barang yang mendadak dek kerana kelemahan kerajaan yang ada,” ujarnya.
Dan yang pastinya, kata beliau alasan serupa yang akan di’recycle’ oleh pihak berkuasa ialah kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga.
Oleh itu, ujarnya lagi LaPAS menyeru kepada semua agar sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah kembali suasana yang ada kepada yang lebih baik lagi.
Menurutnya, Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul namun dek kerana dimonopoli oleh hanya segelintir golongan, maka natijah kenaikan harga barang yang cukup membebankan rakyat tidak dapat dielakkan.
Katanya, dan yang paling menyedihkan lagi apabila yang terpaksa menanggung kesannya adalah rakyat marhaen.
“Sebulan kita membina keimanan, Ramadhan menjadi pembersih hati umat Islam. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432H. Maaf zahir dan batin,” ujarnya.harakahdaily