WASHINGTON: Seorang anggota tentera Amerika Syarikat berpangkat kapten menembak mati bekas isteri, ibu mentua dan dua yang lain dalam satu pembunuhan ketika Taufan Irene sebelum menembak dirinya sendiri.
Leonard Egland, 37, pernah bertugas di Afghanistan dan Iraq, memulakan pembunuhannya ketika taufan itu melanda malam Sabtu lalu dan menamatkannya selepas berbalas tembakan dengan anggota SWAT pada pagi Ahad.
Pendakwa raya Buckingham County, David Heckler berkata, Egland melakukan tiga pembunuhan di Virginia sebelum menyeberang sempadan negeri untuk membunuh ibu bekas isterinya berikutan pertelagahan merebut hak penjagaan anak.
Anggota tentera itu diburu selepas menembak mati bekas isterinya, teman lelaki wanita itu dan anak lelaki terbabit di sebuah rumah di Chesterfield, Virginia. -AFP

No comments:
Post a Comment