Wednesday, August 31, 2011

Penuntut kita di Syria perlu bantuan

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Ahli keluarga penuntut Malaysia di Syria merayu bantuan kerajaan terutama Kedutaan Malaysia di negara itu untuk membantu anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah transaksi pengiriman wang.
Menurut seorang bapa, Shauki Majid, anaknya yang berada Syria kini berhadapan dengan masalah kewangan berikutan operasi kebanyakan bank disekat oleh Amerika Syarikat (AS).
“Sejak semalam anak saya dan rakannya gagal mengeluarkan wang yang dikirimkan menerusi beberapa bank.
“Saya meminta kedutaan atau Wisma Putra supaya membantu penuntut-penuntut di Syria dengan segera kerana kami bimbang keadaan mereka yang menghadapi masalah kewangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.utusan

No comments:

Post a Comment