CHINA: Sebelas orang mati dan kira-kira 140 jatuh sakit setelah minum cuka yang disimpan di dalam tong plastik bekas simpanan cecair anti-beku, menurut pegawai kerajaan, semalam.
Penduduk kampung di bahagian barat laut wilayah Xinjiang - kawasan penempatan etnik Islam Uighur minoriti - dilaporkan jatuh sakit setelah berbuka puasa, Jumaat lepas,
Siasatan mendapati, mangsa telah minum cuka dari tong plastik bekas simpanan cecair anti-beku - penyejuk enjin beracun - tetapi polis masih belum dapat memastikan sumber keracunan itu, lapor agensi berita Xinhua.
Kanak-kanak berusia enam tahun, antara mangsa yang meninggal dunia dan seorang masih lagi dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital.
Dalam satu lagi skandal produk tercemar, Syarikat Tongrentang di Beijing, salah satu penjual ubat-ubatan Cina, semalam berkata, ia telah menarik balik semua produk sarang burung setelah mendapati mengandungi bahan kimia penyebab kanser yang tinggi. -AFP, hmetro

No comments:
Post a Comment