Thursday, September 22, 2011

Nik Aziz mahu laksana hudud



Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
2011/09/22

MB dakwa suasana kondusif di Kelantan untuk jalankan hukum Islam 

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap bertegas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini walaupun Kelantan dikatakan berada dalam keadaan tidak kondusif bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.
Beliau berkata, keadaan Kelantan sudah lama kondusif untuk pelaksanaan hukum hudud dan ini dibuktikan melalui tiga asas agama yang dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan negeri iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan.
Katanya, selain itu, setiap Jumaat diadakan kuliah agama yang turut membabitkannya, selain banyak pelaksanaan projek menjurus kepada keperluan rakyat, sekali gus menjadikan asas cukup kondusif bagi melaksanakan hukum hudud di negeri ini. 

“Sebenarnya, kita sudah lama mewujudkan suasana kondusif ke arah pelaksanaan hukum hudud, selain mempunyai mekanisme untuk melaksanakannya iaitu mereka yang mempunyai ilmu mencukupi dalam bidang berkenaan iaitu kadi dan hakim, tanpa membabitkan orang politik,” katanya selepas Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di Kota Darulnaim, semalam. 

Beliau mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kelmarin, yang mengatakan Kelantan tidak boleh melaksanakan hukum hudud kerana negeri itu tidak kondusif. 

Mohd Asri selepas menyampaikan kertas kerja pada Seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan Sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan 2011, berkata Kelantan tidak boleh melaksanakan hukum hudud kerana tidak mempunyai kuasa mewujudkan hukuman seperti itu. 
Ditanya jika pakatan pembangkang lain tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, persoalan itu perlu ditanyakan kepada pihak berkenaan mengapa tidak bersetuju terhadap perkara itu. 

No comments:

Post a Comment