Meri Yuranda berbaring di atas katil sambil diperhatikan ibunya, Yusnidar selepas mereka dipertemukan semula di Meulaboh di Aceh, kelmarin. - AFP |
ACEH 23 Dis. - Seorang kanak-kanak perempuan Indonesia yang dipercayai terbunuh dalam kejadian tsunami pada 2004 di Aceh, ditemui masih hidup dan ditemukan semula dengan ibu bapanya, kelmarin.
Datuk kanak-kanak itu, Ibrahim berkata, Meri Yulanda berusia tujuh tahun ketika hilang bersama seorang adiknya selepas tsunami melanda tempat tinggalnya di kawasan Aceh Barat.
Katanya, Meri dapat menyelamatkan diri dalam bencana itu dan dibesarkan selama tujuh tahun oleh seorang ibu tunggal yang memaksanya meminta sedekah di jalanan pada setiap hari sebelum orang ramai menemui kanak-kanak itu merayau-rayau di jalan dan dibawa ke pejabat penghulu kampung. - DPA
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment