ABDUL Azeez Abdul Rahim bertanya khabar kepada Zakaria Awang di Hospital Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir penyanyi, Datuk D.J Dave (kiri) dan isteri pesakit, Salmah Mat. - UTUSAN/Shahril Aizat Ahmad |
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Warga emas, Zakaria Awang, 76, yang menderita barah hidung akan menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di wajahnya dalam masa terdekat.
Dia yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Rabu lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Doktor yang merawatnya, M. Saraspathey berkata, Zakaria akan menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibedah bagi membuang ketumbuhan yang telah meliputi kira-kira suku daripada bahagian wajahnya.
"Zakaria kini hanya boleh mendengar dan duduk. Dia tidak lagi mampu berbuat apa-apa akibat kekurangan zat berkhasiat kerana mulut, gigi dan rongga hidungnya sudah rosak. Ia perlu dibedah.
"Pembedahan akan mengambil kulit dari bahagian pahanya untuk ditampal di kawasan memerlukan itu. Selepas dibedah, Zakaria memerlukan masa kira-kira tiga bulan lagi untuk sembuh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang melawat Zakaria di sini hari ini. Turut hadir, penyanyi veteran, D.J Dave.
Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan, isteri Zakaria, Salmah Mat, 61, merayu bantuan orang ramai untuk menamatkan penderitaan suaminya yang ditanggung sejak dua tahun lalu itu.
Dua hari selepas itu, Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan persetujuannya untuk membantu mengurangkan penderitaan yang dialami Zakaria.
Salmah yang ditemui berkata, dia gembira melihat perkembangan Zakaria dan berterima kasih atas keprihatinan Abdul Azeez dan KP1M.
"Alhamdulillah, Pak Ya (Zakaria) semakin pulih. Dahulu, ketumbuhannya busuk dan berulat, kini telah mendapat rawatan doktor dan pakar.
"Saya berharap suami saya akan pulih seperti sediakala," kata ibu sembilan anak itu.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment