KUALA LUMPUR – Integriti teknikal pada bukti Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan ternyata memberi kelegaan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila semalam dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di sebuah kondominium di ibu negara empat tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membacakan penghakiman selama lima minit berkata, mahkamah tidak mempunyai bukti secukupnya untuk mensabitkan Anwar, 65, bersalah terhadap tuduhan dia meliwat Mohd. Saiful, 27.
“Selepas meneliti sepenuhnya bukti keterangan, mahkamah tidak boleh seratus peratus yakin berhubung integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd. Saiful) tidak pernah terusik.
“Sehubungan itu, mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut,” tegas beliau.Kosmo! Online - Negara:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment