Tuesday, January 10, 2012

MB Selangor minta Hasan letak jawatan secara sukarela


SHAH ALAM 9 Jan. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Datuk Dr. Hasan Ali melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam secara sukarela.

Beliau berkata, ini kerana amat jelas bahawa beliau tidak mewakili Pas dan kerajaan menghormati keputusan yang diambil oleh parti itu memecatnya.

"Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menggugurkan Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili Pas dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Saya berpendapat beliau (Hasan) sebagai seorang 'gentleman' perlu melepaskan jawatan ahli exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Menteri Besar, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diperlukan dalam pelantikan ahli Exco kerajaan negeri, namun perkenan baginda tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

"Menteri Besar akan mengadap Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon pengganti yang sesuai bagi jawatan Exco itu," kata kenyataan itu.

Utusan Malaysia Online - Politik:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment