Monday, February 13, 2012

Valentine: Sedarkah Mashitah pandangan rakan BN?


Ahmad Fadhli Shaari,13 Feb 2012

Utusan Malaysia hari ini di halaman 5 menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan pendirian YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakan berdiam diri berhubung isu Valentine's Day khususnya selepas kenyataan Karpal Singh yang dikatakan mendesak agar sambutan Hari Valentine's Day dibenarkan.

Sedarkah Mashitah bahawa YAB Tuan Guru telah mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis, 9 Februari 2012 yang lepas bahawa Valentine's Day tidak boleh disambut dan mencadangkan agar diadakan sambutan Hari Suami Isteri? Dalam hal ini, pendirian YAB Tuan Guru telah jelas. Pendirian PAS ialah Valentine's Day dengan pengisian yang ada pada hari ini tidak boleh disambut oleh masyarakat Muslim.

Sewajarnya Mashitah perlu menoleh kepada rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional. Sedarkah Mashitah bahawa Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha telah mendesak agar sambutan Hari Valentine's Day tidak dihalang. Begitu juga dengan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendesak agar PAS tidak menentang sambutan Hari Valentine's Day.

Dan yang lebih penting, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini di dalam New Straits Times, halaman 9 menyatakan, "What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down...?"

APA PENDIRIAN MASHITAH TENTANG PANDANGAN RAKAN-RAKANNYA SENDIRI DI DALAM BARISAN NASIONAL DAN UMNO?

Sila rujuk:
1. Kenyataan Setiausaha Agung MCA: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F12%2Fnation%2F10723987&sec=nation
2. Kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah: http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/47128-apologise-for-valentines-day-claim-pas-told


Valentine: Sedarkah Mashitah pandangan rakan BN?:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment