Wednesday, May 23, 2012

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan termasuk membantah perintah mahkamah dengan menyertai protes jalanan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) pada 28 April lalu.
Anwar, 64, bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, 48, dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang dikenali sebagai Chegu Bard juga didakwa bersubahat mengingkari perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sehingga menghasut tiga penyokong membuka sekatan halangan di Dataran Merdeka pada 28 April.
Ketiga-tiga ahli politik itu membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua tuduhan tersebut.
Anwar sempat memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa tuduhan yang dikenakan itu adalah satu kempen politik sebelum membuat pengakuan tidak bersalah.
Ketiga-tiga tertuduh merupakan individu pertama yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh Parlimen pada November 2011.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment