Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua............
Setiap orang dilahirkan dengan nasib yang berbeza berdasarkan kepada ketentuan Allah S.W.T. Justeru itu, bagi orang yang diberikan lebih nikmat dan kesenangan oleh Allah S.W.T hendaklah menunjukkan rasa syukur dengan berusaha membantu orang yang kurang bernasib baik seperti:
1). Memikirkan apa yang perlu dilakukan khususnya bagi mengatasi ekonomi dan kepentingan orang yang kurang bernasib baik seperti menaja pelbagai program peningkatan ekonomi dan kewangan.
2). Memberi kesedaran kepada mereka yang kurang bernasib baik tentang betapa pentingnya berusaha dan beriktiar bagi memperbaiki keadaan hidup.
3). Mengagih dan memberikan hak orang yang kurang bernasib baik dengan cara yang paling baik dan sempurna seperti zakat fitrah.
4). Memberi peluang dan moral kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan untuk mengatasi budaya malas dan pembaziran masa.
Bantuan serta perhatian yang diberikan kepada orang yang kurang bernasib baik pastinya akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. Di samping itu ia juga boleh menimbulkan keyakinan di dalam diri mereka untuk terus berusaha memperbaiki kehidupan yang seterusnya.Untuk kebaikan bersama-----> 1 SHARE utk 1 ORANG
No comments:
Post a Comment