Wednesday, May 23, 2012

Apabila UMNO Berjaya Jadikan Majlis Fatwa dan Mufti Setaraf dengan JKKK

Isnin, 21 Mei, 2012 - Apabila UMNO Berjaya Jadikan Majlis Fatwa dan Mufti Setaraf dengan JKKK

Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh: Tok Janggut.

Setelah habis agensi-agensi penting kerajaan diperkudakan oleh UMNO untuk kepentingan politik kotornya dan yang terkini memperkudakan pula Majlis Fatwa dalam isu Bersih 3, kini bos Perkasa pula mengambil peluang untuk memperkudakan Majlis Fatwa dalam kenyataanya meminta Majlis Fatwa dan Mufti supaya mengeluarkan Fatwa agar nama Islam tidak lagi dibenarkan untuk digunakan oleh PAS.

Sebelum ini Majlis Fatwa dihormati oleh umat Islam walaupun ada antara Fatwa yang dikeluarkan diperlecehkan oleh UMNO malahan ada yang dicabar di mahkamah kerana tidak selari dengan selera dan dasar perjuangan UMNO. Namun begitu yang amat mendukacitakan sekali ialah apabila sejak akhir-akhir ini Majlis Fatwa seolah-olah menjadi alat UMNO sepertimana SPR, SPRM, Polis dan JPN.

Keputusan Fatwa mengharamkan himpunan Bersih 3 baru-baru ini sebagai bukti bahawa keputusan Majlis Fatwa itu sebenarnya mengikut skrip UMNO. Kenyataan Mufti Perak bahawa Fatwa itu dikeluarkan setelah mengambilkira keadaan yang berlaku dimana himpunan itu dikatakan telah menyebabkan kecederaan dipihak polis dan orang awam adalah membuktikan sumber rujukan yang diambil oleh Majlis Fatwa dari tong taik UMNO. 

Ini juga membuktikan bahawa keputusan majlis Fatwa itu benar-benar selari dengan kehendak UMNO dan pihak polis bukanya berasaskan keadaan sebenar yang berlaku, punca berlaku dan siapa yang memulakan berlakunya keganasan pada himpunan tersebut dulu.

Majlis Fatwa seolah-olah buta mata dan hati, pekak serta tuli dalam memberikan keadilan dalam peristiwa itu. Apakah Majlis Fatwa ini layak dipanggil "haram jadah" juga kerana pemikiran anggotanya nampak setaraf dengan JKKK UMNO. 

Nampak sangat Fatwa yang dikeluarkan itu berat sebelah malah jauh dari prinsip keadilan Islam itu sendiri. Seolah-olah keganasan polis yang menyerang peserta himpunan yang datang secara aman itu adalah halal disisi majlis Fatwa. 

Sokongan pemimpin UMNO diatas tindakan ganas polis itu juga seolah-olah dibenarkan oleh Islam dan tidak haram? Siapa yang pencetus huru hara pada hari tersebut dan siapakah pengarahnya? 

Apakah majlis Fatwa telah menyelidiki semua ini sebelum mengeluarkan Fatwa atau hanya mengikut arahan UMNO?


Kini majlis fatwa menyahut pula kenyataan Ibrahim Ali yang di kenali dengan akhlak buruknya dan tidak punya maruah itu untuk membincangkan penggunaan perkataan Islam pada parti PAS sebagai mangsa seterusnya demi untuk kepentingan UMNO.

Bagaimana pula pemimpin-pemimpin UMNO yang terang-terang menghina syariat Allah dan mempersendakan sunnah Nabi itu? Tidakah Majlis Fatwa bercadang untuk mengeluarkan Fatwa agar Jabatan Pendaftaran Negara membatalkan perkataan Islam yang ada pada mykad mereka-mereka itu? 

Bagaimana pula dengan NGO Sisters In Islam yang kerjanya asyik mempertikaikan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al Quran itu? Tiadakah cadangan Majlis Fatwa supaya NGO tersebut diharamkan? Apakah kerana anggota NGO ini kesemuanya adalah penyokong dan ahli UMNO totok maka ia tidak haram dan Majlis Fatwa tidak berani mengeluarkan fatwa ke atas NGO itu. 

Bagaimana pula dengan FIC yang jelas disokong oleh pemimpin tertentu dalam UMNO? Tiada pula cadangan supaya majlis Fatwa mengharamkanya? Mengapa PAS pula saja yang mereka nampak? Bukankah Ibrahim Ali menang di Pasir Mas dulu dengan menggunakan lambang PAS?

Perlu diingatkan kepada Mufti dan majlis fatwa yang dilantik dan diberi makan oleh kerajaan UMNO. Majlis fatwa boleh keluarkan apa saja fatwa mereka yang selari dengan arahan dan kehendak UMNO tetapi terpulanglah kepada rakyat terutamanya PAS samada ingin mematuhi atau menolaknya. 

Ini adalah kerana Majlis Fatwa dilantik oleh kerajaan manakala PAS bukanlah golongan yang menyokong kerajaan haram seperti UMNO yang menang secara menipu itu. 

Kalau penyokong UMNO dan kerajaan sendiri pun tidak patuh kepada keputusan Majlis Fatwa, maka tidak ada sebab kami dibarisam pembangkang perlu akur dan menghormati setiap fatwa yang dikeluarkan itu. 

Majlis kini hanyalah boneka UMNO sahaja. Kebanyakan anggota majlis fatwa telah pun diketahui latar belakang, peribadi serta akhlak dan ilmunya. Jadi janganlah kerana mereka menjadi anggota majlis fatwa atau Mufti maka rakyat kena patuh dan akur pada setiap fatwa yang dikeluarkan kerana majlis fatwa sudah lagi tidak dihormati sekarang ini atau lebih baik di bubarkan sahaja atau diharamkan sahaja Majlis Fatwa ini.

Apakah manusia yang buruk akhlak, rendah moralnya, terlibat dengan rasuah, khianat kepada pengundi dan rakyat seperti Najib, Ibrahim Ali dan pemimpin-pemimpin UMNO itu yang hendak didengar cakapnya, dipatuhi arahanya oleh Majlis Fatwa? 

Rendahnya taraf Majlis Fatwa ini rupanya. Pernahkah Majlis Fatwa mendengar mana-mana pemimpin UMNO menegur ahli bawahanya yang bertindak ganas menyerang ceramah Pembangkang, melakukan demonstrasi dengan tujuan perkauman, mengugut rakyat dan banyak lagi kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO selama ini? 

Tidak pernah dan tidak akan pernah berlaku kerana ini membuktikan kezaliman dan kejahatan itu bermula dari atas. Ini juga membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO itu semuanya kotor dan jijik akhlaknya dan diikuti oleh orang bawahanya. 

Inikah yang hendak disokong dan dipertahankan oleh Majlis Fatwa? Sungguh mengaibkan.

Oleh itu, tidak payahlah Majlis fatwa bersusah payah hendak keluarkan fatwa untuk mengharamkan PAS dari menggunakan perkataan Islam pada partinya. Kami tidak ada masa nak layan dan tidak perlu patuh pada keputusanya pengharaman itu jika dikeluarkan nanti. Kami ada banyak kerja lain lagi untuk dibuat.

Kerja utama kami sekarang ialah melakukan jihad untuk menumbang dan menghancurkan UMNO. Menentang kerajaan zalim adalah tuntutan agama dan itulah matlamat kami sekarang. Jika Firaun boleh hancur, Mubarak, Gadafi, Marcos yang lebih gagah dari UMNO itu boleh hancur, apakah sakibaki puak itu iaitu UMNO tidak mampu kami hancurkan? 

Matlamat utama sekarang ialah menumbang dan menghancurkan UMNO, jika berjaya, siapa yang akan menjadi Perdana Menteri adalah perkara kedua. 

Yang pastinya kerajaan baru nanti lebih baik dari UMNO, bukan pemerintahan kuku besi, ala zionis dan ala komunis yang diamalkan oleh UMNO selama ini. Buat para Mufti, Eloklah puak-puak mufti itu mencadangkan kepada Ibrahim Ali supaya menasihatkan kerajaan supaya menaikan gaji dan elaun mereka lagi. Itu lebih baik dan memberi manafaat. Wallahualam. 


Tranungkite Online

No comments:

Post a Comment