Monday, June 18, 2012

Basyar Asad telah memberi amaran yang keras kepada rakyat Syria terutamanya Tentera Bebas Syria agar meletakkan senjata dan menyerah diri.

Islammemo.cc melaporkan bahawa Basyar Asad telah memberi amaran yang keras kepada rakyat Syria terutamanya Tentera Bebas Syria agar meletakkan senjata dan menyerah diri.

Basyar dalam nada yang tegas memberi tempoh sehingga 24 jam kepada rakyat agar menyerah diri ataupun mereka akan bertindak dengan lebih agresif.

Sumber menyebut, tindakan yang diambil oleh Basyar tersebut adalah kerana kini semakin ramai bantuan mujahidin dari luar Syria yang menyelinap masuk ke Syria untuk membantu Tentera Bebas Syria. 

Dan terbaru ada ura-ura laporan menyebut bahawa Jordan dan Turki sedang melakukan persiapan ketenteraan untuk memasuki Syria membantu kebangkitan rakyat. Walaupun berita itu masih belum disahihkan, tetapi ia jelas merungsingkan Basyar.

Teruskan doa kita semua agar Allah memberi kemenangan kepada rakyat Syria dan menggagalkan segala perancangan jahat rejim Basyar dan sekutunya.

No comments:

Post a Comment