Monday, June 18, 2012

Persatuan Mahasiswi Kuliah Syariah Universiti Dimasyq mengutuk penyembelihan yang berlaku di Haulah dan juga siri-siri kezaliman yang berlaku di Syria.

Persatuan Mahasiswi Kuliah Syariah Universiti Dimasyq mengutuk penyembelihan yang berlaku di Haulah dan juga siri-siri kezaliman yang berlaku di Syria.

Mereka menyatakan bahawa akan sentiasa bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria sehingga ketitisan darah terakhir. Mereka juga mempersoalkan tindakan para pemimpin dan ulama Islam yang masih diam membisu melihat saudara mereka dibunuh tanpa hak.

Mereka juga menyatakan keyakinan mereka bahawa bibik kemenangan semakin hampir. Seungguhnya Allah pasti bersama orang-orang yang mempertahankan agama-Nya dan menghinakan golongan yang zalim (rejim Basyar).

Dalam ucapan wakil mereka memuji dan mendoakan Tentera Bebas Syria yang kini masih tetap berjuang memelihara kami (rakyat Syria) walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Teruskan berjuang, sesungguhnya kami sentiasa berada dibelakang kamu (Tentera Bebas Syria).

Diakhir ucapan, mereka melaungkan ucapan "kami menyahut seruan-Mu ya Allah" dan "Kami tiada yang lain melainkan-Mu ya Allah"

Pautan video penuh : http://www.youtube.com/watch?v=Ga7EaiDWTMU

No comments:

Post a Comment