Monday, June 18, 2012

cuba renungi tulisan ringkas ini

Kepada yang berpendapat sedemikian, cuba renungi tulisan ringkas ini :

1) Tentera Bebas Syria mendapat bantuan daripada US/Barat.

Ulasan : Sebenarnya semenjak awal kebangkitan, kenyataan rasmi TBS menyatakan bahawa mereka tidak mendapat bantuan ketenteraan daripada mana-mana kuasa. Bahkan mereka juga tidak mahu menerima bantuan tentera daripada mana-mana kuasa terutamanya Barat.

Akan tetapi mereka menerima banyak bantuan secara persendirian daripada mujahidin luar yang masuk ke Syria melalui sempadan Turki-Syria. Dan senjata yang mereka perolehi adalah hasil rampasan senjata tentera rejim dan diperolehi daripada tentera-tentera Syria yang berpaling tadah.

2) Negara Malaysia masih aman dan tidak menerima nasib seperti di Syria.

Ulasan : Ya, perlu untuk bersyukur negara Malaysia tidak menerima nasib seperti Syria. Jangan dilupa bahawa umat Islam di Malaysia walaupun tidak diserang dengan senjata, akan tetapi kita diserang dengan serangan pemikiran dan hiburan yang akhirnya akan membunuh cakna dan prihatin terhadap nasib saudara se-Islam. 

Muda-mudi pula dibiarkan rosak dan jika demikian negara kita tidak akan aman dari azab Allah. Jangan pernah rasa selesa.

3) Apa yang berlaku di Syria adalah peperangan saudara.

Ulasan : Pemerintah rejim Basyar adalah penganut Syiah Nusairi yang merupakan minoriti di Syria. Ijma' Ulama' Sunni telah megeluarkan fatwa bahawa mereka telah terkeluar daripada ahlul kiblat (keluar Islam). 

Hal ini kerana, amalan dan aqidah mereka terkeluar daripada Ahlul Sunnah wal Jamaah dan mereka menggangap Sunni sebagai golongan Nasibi (halal darah untuk dibunuh).

Oleh kerana itulah, rejim Basyar dibantu oleh Syiah yang lain seperti Iran, Hizbul Lat, Tentera Mehdi Iraq dan beberapa kuasa lagi untuk berhadapan dengan Sunni di Syria.


Nota : Apa lagi perkara yang masih tidak jelas dan terbuku di dalam hati anda semua berkenaan apa yang berlaku di Syria?

[Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria]

No comments:

Post a Comment