Monday, June 18, 2012

Polis serbu pejabat khidmat DUN dan parlimen Nizar berkaitan isu WWW1

 Angota polis menyemak PC di pejabat ADUN Pasir Panjang

Hari ini sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang ,Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer. kesemua komputer di perjabat tersebut diambil untuk siasatan kes .
Menurut sumber laporan , serbuan ini adalah disebab satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1..
Satu persoalan yang bermain difikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia  sekarang ini. Kenapa  bergitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini.
Kalau bergini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua ,ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti

Surat waran geledah..

Pergawai Polis menunjuk surat waran
 



No comments:

Post a Comment