Kelam kabut pemimpin-pemimpin BN apabila PR mencadangkan agar PTPTN dihapuskan. Sejak perkara ini dibangkitkan boleh dikatakan setiap hari akhbar-akhbar perdana serta blog-blog penyokong kerajaan termasuk yang picisan cuba menjustifikasikan bahawa cadangan PR itu adalah mustahil dilaksanakan.
Nampak benar yang kerajaan BN tidak mampu berfikir panjang atau berfikir di luar kotak. Tidak mungkin Dato’ Seri Anwar, seorang yang berpengalaman sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal dan membebankan rakyat.
PR sentiasa mendahulukan rakyat dan tidak akan sekali-kali membiarkan rakyat menderita sepertimana yang dilakukan BN hari ini. Kerana itulah, PR menjanjikan pendidikan percuma untuk semua peringkat jika PR memerintah.
Hari ini, walaupun mendapat pinjaman PTPTN, masih lagi ada pelajar yang bekerja secara separuh masa di hari minggu untuk menampung hidup mereka. Kita juga sering membaca pendedahan mengenai pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang membuat kerja-kerja haram termasuk menjadi GRO atau pelacur.
Kita faham bahawa tekanan pelajar hari ini bukan sahaja untuk lulus periksa, tetapi yang lebih sukar ialah tekanan arus kemodenan dunia di mana gajet atau barangan teknologi canggih adalah satu keperluan dan bukan lagi kemewahan. Kerana itu, ramai pelajar-pelajar universiti terpaksa mencari wang tambahan untuk memenuhi keperluan ini.
Jadinya.....mana pilihan anda......Belajar Secara Percuma Atau Secara Berhutang??
No comments:
Post a Comment