BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menyiasat berhubung seorang khatib yang dikatakan mendoakan supaya Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Taman Guar Perahu dekat sini, Jumaat lalu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan khatib itu boleh memecahbelahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap menghasut.
Beliau berkata, tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci ALLAH itu.
"Jika beliau (khatib) hendak berceramah politik, buatlah di luar... bukan dalam masjid.

"Perbuatannya jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi saya minta MAINPP siasat kerana inilah khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu.
"Mainpp perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik," katanya ketika ditemui pada Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini hari ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media elektronik malam tadi, yang menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Permatang Pauh.
Seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar Mohktar dilaporkan berkata, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Musa berkata, pakatan pembangkang seharusnya tidak mengajar anak muda untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai provokasi untuk menjatuhkan kerajaan.
"Demonstrasi bukanlah cara kita. Justeru, saya minta pakatan pembangkang, jika hendak bertanding... bertandinglah dengan cara yang bersih. Jika takut kalah, jangan bertanding," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment