Sunday, June 24, 2012

PERNAH TERNAMPAK ADIK INI?

PERNAH TERNAMPAK ADIK INI?

Adik Muhammad Nur Haiqal Bin Rezaman,11 tahun dan adiknya Muhammad Nur Reduan Bin Rezaman, 8 tahun didapati hilang di kawasan 10/4 Perjiranan 10 Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Baharu pada jam 7.00 pagi 22 Jun lalu.

Adik Muhammad Nur Haiqal Bin Rezaman kali terakhir dilihat, memakai t-shirt merah putih berlogo Arsenal dan berseluar sekolah biru dengan mempunyai parut luka di tangan kanan manakala adiknya memakai seluar sekolah biru dan mempunyai tanda merah dibawah bibir sebelah kiri.

Jika anda pernah terlihat adik-adik ini, sila hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Seri Alam di talian O7-3871422 atau INSP Mohamad Asfiani di talian 0139301581.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-sama kita mencari dan mendoakan semoga adik-adik ini dijumpai segera dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.

No comments:

Post a Comment