Tuesday, June 26, 2012

Dayangku Intan Melakar ‘Buruk’ Wajah Umno

Dayangku Intan Melakar ‘Buruk’ Wajah Umno
MONDAY, 25 JUNE 2012 03:48 WARTAWAN BULETIN
MARANG – Memulakan ceramahnya dengan memperkenalkan diri beliau, bekas penyanyi popular tahun 80-an, Dayangku Intan yang masih berdarah ‘raja’ mendakwa, rakyat negara ini masih belum menikmati erti sebenar kemerdekaan.

Menurutnya, walaupun yang menuntut kemerdekaan itu adalah datuk saudaranya sendiri, beliau menyifatkan kehidupan rakyat terus susah dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“dahulu saya sebagai seorang penyanyi hidup saya bersama Umno….umno…umno, saya selalu ke ceruk rantau untuk menghiburkan orang yang akan mengundi Umno,

“tapi adakah kita mendapat kemerdekaan itu….tidak….bukan pembangunan yang tinggi (hebat) yang kita mahukan, sedangkan kita semua susah kehidupan harian kerana semuanya naik harga yang kita tidak mampu untuk membeli untuk anak-anak kita,”ujarnya.

Beliau yang baru tiba dari Kelantan menempelak Umno kerana memberi gambaran buruk tentang Kelantan.

Katanya Umno yang mewajahkan Kelantan sebagai negeri miskin sebenarnya jauh berbeza, berbanding sewaktu beliau ke sana pada tahun 80-an.

Menurutnya Umno yang kononnya memperjuangan Melayu menafikan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu.

“itukah yang dikatakan sebagai hidup Melayu….hidup Melayu…akhlak dan agama sudah tidak ada, yang ada hanya kekejaman, 

“rakus dan tamak sehinggakan rasuah sudah menjadi darah daging!,”jelasnya.

Beliau menegaskan perubahan yang berlaku pada dirinya bukan hanya bertukar wajah dari seorang artis kepada seorang ahli politik.

Sebaliknya, menurut beliau ‘hijrahnya’ adalah menunjukkan betapa buruknya wajah Umno yang harus ditumbangkan.

“ Mungkin orang kata dulu dulu Dayangku Intan sekarang sudah pandai bercakap (berpolitik)….sudah bertukar rupa sudah bertukar wajah,

“tidak…. Masa (perubahan) itu menunjukkan betapa buruknya Umno…. Merekalah yang harus kita tumbangkan,”tegasnya.

Turut berucap pada Majlis Ceramah di Kampung Sungai Kerak dekat sini pada Jumaat malam 22 Julai itu adalah Timbalan Pngerusi MTD Rhu Rendang Cikgu Daud Jusoh dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

No comments:

Post a Comment