Tuesday, June 26, 2012

Dua kali undi: SPR lapor polis

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), semalam membuat laporan polis terhadap Zulkifli Ismail yang mendakwa mengundi dua kali pada pilihan raya umum (PRU) tahun 1980-an di dua pusat pengundian.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang membuat laporan itu berkata, Zukifli mendakwa dan menuduh dalam akhbar Harakah, suruhanjaya itu menipu apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi serta memfitnah SPR. “Ia (laporan itu) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR,” kata Kamaruddin dalam satu kenyataan, di sini. Harakah, keluaran 11-14 Jun 2012 menyiarkan dakwaan Zulkifli itu.

Beliau pernah mengundi dua kali pada PRU tahun 80-an di dua pusat pengundian iaitu di Dewan Undangan Negeri Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang. Zulkifli juga mendakwa pada PRU 2004, SPR melakukan penipuan apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi dan pada PRU 2008, tiga rakannya tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka digunakan orang lain. Beliau juga mendakwa SPR mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain tetapi menggunakan gambar orang yang mengundi serta mendakwa SPR menggunakan nama pengundi yang dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik mengundi. Zulkifli juga mendakwa melalui sumber maklumat yang diperolehnya, MyKad palsu dibuat di kilang di Klang manakala ‘cip’ dalam MyKad adalah dari negara China. - Bernama

No comments:

Post a Comment