Saturday, June 30, 2012

Kolonel Dr Abdul Hamid Umar Zakaria, seorang bekas tentera rejim Asad (pernah berkhidmat di hospital tentera di bandar Halab dan kini telah berpaling tadah

Kolonel Dr Abdul Hamid Umar Zakaria, seorang bekas tentera rejim Asad (pernah berkhidmat di hospital tentera di bandar Halab dan kini telah berpaling tadah demi membantu perjuangan rakyat) di dalam suatu temubual bersama Saluran Al-Jazeera TV telah membongkar rahsia bahawa: Rejim Asad telah melakukan suatu jenayah perang terbesar abad ini ke atas rakyat Syria (termasuk anggota tentera yang berkhidmat untuk rejim).
Di hospital kerajaan, telah dilantik satu jawatankuasa khas bagi menangani kes-kes kecemasan yang berlaku terhadap tentera dan rakyat yang cedera dengan cara yang kejam. Beliau menyatakan, sekiranya ada dikalangan orang awam (rakyat) yang cedera ringan dan di hantar ke hospital, maka jawatankuasa ini akan bertindak mencuri anggota badan mangsa sebelum membunuhnya dengan kejam. Sekiranya kecederaan yang dialami adalah kecederaan yang parah, maka mangsa akan dibunuh terus tanpa belas kasihan.
Adapun anggota tentera kerajaan yang cedera, sekiranya kecederaan yang menimpa adalah ringan, mereka akan dirawat selama sehari atau dua hari dan dihantar kembali bertugas bagi pihak rejim sebelum mereka benar-benar sembuh.
Sekiranya kecederaan yang dialami oleh tentera kerajaan agak parah, mereka akan dibunuh dengan cara menyuntik ke dalam badan mereka cecair kalsium yang membunuh, atau dengan menyuntik cecair yang mengurangkan kadar gula yang akhirnya membawa kepada kematian.
Ini dilakukan bagi mengurangkan kos perubatan yang akan ditanggung oleh kerajaan (rejim Asad). Mayat tentera kemudiannya akan dibungkus dengan bendera Syria dan dihantar kepada keluarganya untuk diuruskan.

sumber : Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=318647268222118&set=a.242211945865651.59469.241317679288411&type=1&ref=nf

No comments:

Post a Comment