PAYA BERENJUT – Sudah jatuh ditimpa tangga. Derita seorang nenek tidak berkesudahan apabila berhadapan risiko kaki dipotong setelah digigit semut ketika berlindung daripada hujan.
Indon @ Pahang Husin, 75, yang tinggal bersama suaminya, Nik Abdul Rahman, 75 di sebuah rumah papan terpaksa berpindah ke kaki lima belakang rumahnya setiap kali hujan kerana kesemua ruang di dalam rumah basah akibat atap bocor di sana-sini.
Kata Indon yang juga mesra dengan panggilan Mek Pahang, kadangkala mereka terpaksa bermalam di kaki lima itu jika hujan turun semalaman sehingga menyebabkan kakinya digigit semut.
Ibu kepada sembilan anak yang menghidap kencing manis ini berkata, disebabkan gatal dia menggaru kesan gigitan semut pada ibu jari kaki kirinya sehingga luka.
"Makcik ke Klinik Kesihatan Geliga untuk ambil ubat luka bagi merawat ibu jari kaki tetapi doktor kata makcik menghidap kencing manis pula.
“Pada malam selepas balik dari klinik, mak cik mimpi datang seorang lelaki memberi mak cik pokok misai kucing dan beritahu supaya pokok itu dikisar dan airnya diminum," katanya.
Tanpa bertangguh, keesokan paginya, Indon terus mengambil pokok itu kebetulan ditanam di belakang rumah dan melakukan seperti diberitahu di dalam mimpinya.
"Selang beberapa hari selepas mengamalkan minum air rebusan pokok misai kucing, jururawat datang ke rumah dan katanya kencing manis mak cik dah tak dok (tiada).
"Pelik juga mak cik tapi itu semua kuasa ALLAH SWT dan luka di kaki juga beransur hilang.
"Tapi sejak dua bulan lepas mak cik tiba-tiba rasa koho lama koho dok rok (makin lama makin tidak larat) sehingga ada suatu hari mak cik tak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Kemaman,” katanya semalam.
Katanya, kini ibu jari kakinya itu bertukar menjadi hitam, apabila malam dia akan berasa tersangat sakit.
"Makcik jumpa doktor untuk dapatkan rawatan lanjut ibu jari kaki ini, doktor kata penyakit makcik dah makin teruk dan kaki kiri makcik terpaksa dipotong kerana luka itu juga sudah merebak," katanya.
Namun, Indon bernasib baik kerana ketika menghadapi dia diuji dengan masalah kesihatan, suaminya yang sebelum ini diserang angin ahmar tahun lalu kembali pulih.
Mereka kini mengharapkan keprihatinan anak yang tinggal bersebelahan rumahnya.
"Ramai juga tetangga yang datang menziarah dan menghulurkan wang, sumbangan itu kami guna membeli ubat manakala Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak pernah lupa menghulurkan bantuan bantuan beras dan wang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chukai, Hanafiah Mat berkata, bagi meringankan beban ditanggung pasangan suami isteri itu, pihaknya bersama syarikat swasta bergotong-royong membaik pulih rumah tersebut yang kerjanya sudah dilakukan sejak kelmarin.
Gotong-royong tersebut turut disertai 50 sukarelawan daripada kedua-dua pihak dengan membabitkan keseluruhan RM15,000.
“Kesemua atap zink kita tukar dengan atap asbestos dan dinding reput juga ditukar dengan dinding baru, lantai reput dan berlubang kita gantikan dengan yang baru.
“Rumah ini juga akan dilengkapi kipas. Kita jangka dalam beberapa hari rumah ini siap sepenuhnya dan minggu depan mereka berdua boleh masuk rumah baru,” katanya.

No comments:
Post a Comment