Mahfuz menang RM120,000 saman Utusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya memutuskan perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan" pada 4 Mac, 2001, adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz.
"Perkataan itu tidak memenuhi elemen komen yang adil, perkataan yang diterbitkan bukan fakta, bukan komen yang adil kerana ia tidak berasas. Perkataan itu juga tidak memenuhi kepentingan awam seperti ditegaskan oleh para defendan" katanya dalam penghakiman bertulis, lapor Bernama.
Katanya, perkataan yang digunakan itu menggambarkan Mahfuz sebagai seseorang yang mempunyai agenda politik dan sedang berusaha menggulingkan kerajaan sedia ada, "yang menyokong keganasan dan paksaan, yang tidak percaya dengan proses demokrasi untuk membawa perubahan dalam kerajaan yang memerintah dan berniat menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan terhadap keharmonian negara.
Dis 23 2008
No comments:
Post a Comment