LABU - Seramai 168 ahli Umno Cawangan Kampung Gadong meluahkan rasa kesal apabila nama mereka tiada di dalam senarai ahli.
Salah seorang ahli, Jamaluddin Jani yang pernah mengepalai cawangan itu pada 1992 hingga 1994 menyedari perkara itu apabila menghadiri mesyuarat cawangan yang diadakan pada 3 Jun lalu.
Menurutnya, pada mesyuarat 3 Jun lepas, saya meneliti senarai nama ahli dan mendapati seramai 168 orang tiada di dalam senarai.
"Kesemua 168 ahli ini sudah menyertai Umno Cawangan Kampung Gadong sejak 1970-an iaitu ketika ia mula ditubuhkan.
"Bahkan rata-rata ahli yang tidak terdapat dalam senarai adalah bekas ketua dan ketua wanita sama seperti saya," katanya.
Sementara itu bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Gadong bagi tempoh 1994 hingga 1998, Baharuddin Abu Bakar berkata, pada asalnya cawangan itu mempunyai 286 ahli.
Menurutnya, apabila 168 orang ini sudah dikeluarkan dari senarai nama ahli, tempat mereka digantikan dengan ahli yang diimport dari luar kawasan ini.
“Ini bermakna seramai 168 ahli baru yang diambil menggantikan tempat kami adalah pengundi luar yang tidak mengundi di kawasan Labu pada pilihan raya akan datang.
“Hal ini jelas apabila menerusi siasatan yang dibuat rata-rata mereka adalah pengundi di luar kawasan Labu bahkan Negeri Sembilan.
“Justeru persoalannya, mengapa kami pengundi di kawasan Labu sejak dahulu lagi dinafikan hak dan dikeluarkan dari senarai ahli?,” katanya.
Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Gadong (1975 hingga 1977), Zainabun Hassan turut melahirkan rasa kesal apabila khidmat baktinya mengemudi wanita cawangan itu seperti tidak dihargai.
“Saya terkejut apabila mendapati nama saya tiada di dalam senarai ahli dan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan saya tidak bertindak keluar ahli atau parti,” katanya.
Kekesalan Zainabun turut dikongsi bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Gadong, Maznah Yaakub yang memegang jawatan itu pada 1994 hingga 1998.
“Kami tidak diberi sebarang penjelasan mengenai nama kami dikeluarkan daripada senarai ahli dan ini menyebabkan kami tertanya-tanya apa salah kami,” katanya.
Selain itu, bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Gadong (2004 hingga 2008), Zalizan Jani turut menggesa agar siasatan dijalankan oleh Umno di peringkat pusat.
Dalam pada itu, Baharuddin berkata, pihaknya sudah mengumpulkan sebanyak 85 tandatangan ahli yang dikeluarkan dari senarai bagi menuntut kembali hak mereka sebagai ahli.
“Apabila nama kami dikeluarkan dari senarai ahli, secara automatik kami tidak boleh menghadiri mesyuarat jauh sekali mengundi untuk jawatankuasa baru.
“Ini tidak ubah seperti kami dilucutkan keahlian sedangkan kami semua masih setia bersama Umno sejak 1970-an,” katanya.
Sambil menyatakan masih taat setia dengan perjuangan Umno, Baharuddin yang mewakili 168 ahli tersebut mahu kes ini diselesaikan segera.
“Kami masih setia bersama parti ini dan kami juga mempunyai hak sebagai ahli yang lama bernaung di bawah Umno cawangan ini.
“Bagaimanapun sekiranya perkara ini gagal diselesaikan, kami tidak mempunyai pilihan selain bertindak keluar parti kerana sekarang ini pun nama kami sudah tidak ada dalam senarai ahli,” katanya semasa sidang media di Balairaya Kampung Gadong SC, dekat sini, petang semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohamed Najeeb Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengesahkan perkara itu sebelum memberi sebarang maklum balas mengenainya.

No comments:
Post a Comment