KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan panel khas menyiasat kandungan kompilasi rakaman video kejadian semasa perhimpunan 28 April lepas, yang dijangka dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) esok.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan video itu kepada panel khas berkenaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk siasatan lanjut.
Beliau memberi jaminan bahawa panel khas itu akan menyiasat insiden berkenaan secara adil dan menyeluruh.
"Kita ada kerjasama dengan KDN. Video itu akan disiasat dalam masa yang terdekat," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Program Dekad Kecemerlangan Anak Polis (DAKAP) di Pulapol Bukit Sentosa, Rawang, hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata video itu akan diedarkan kepada media dan dimuat naik ke dalam laman web kementerian itu.
Sementara itu, Ismail berkata program 'Dakap Siri Satu', yang bermula hari ini, melibatkan 130 orang anak anggota polis dari PDRM Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur, Kontinjen Negeri Sembilan, Kontinjen Selangor.
"Konteks ‘mendakap’ juga adalah suatu idea kreatif dalam mendidik anak-anak untuk membesar dan menghadapi kehidupan yang jauh berbeza dengan generasi masa kini," katanya.
Program itu dianjurkan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi dana disalurkan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
DAKAP akan memberi manfaat kepada pembangunan dan pembelajaran anak-anak berusia dari 13 hingga 17 tahun di mana mereka akan dididik dengan budaya meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecemerlangan.
Program itu menyasarkan 1,000 anak-anak polis dan pesara polis di seluruh negara sepanjang tahun ini. - Bernama

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment