KOTA BHARU - Seorang pesara guru tidak menyangka kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meluangkan masa melawatnya di Hospital Raja Perempuan Zainab II, semalam.
Mohd Halmi@ Mohd Hilmi Mohamad, 62, bekas guru Sekolah Kebangsaan Cik Lati, Jalan Pantai Cahaya Bulan berkata, beliau berterima kasih kepada Abdullah yang disifatkan sebagai pemimpin yang sabar dan amanah.
Menurutnya, beliau difahamkan Abdullah baru tiba dari Eropah dan bergegas ke Kota Bharu yang menunjukkan bahawa beliau tidak melupakan sahabat yang dikenali sejak 40 tahun yang lalu.
“Saya kenal dengan Pak Lah melalui abang saya, kami sekeluarga amat rapat seperti satu keluarga,” katanya yang mempunyai lapan orang anak. Dalam kujungan itu, Abdullah mengambil masa setangah jam untuk berbual dengan Halmi yang ditemani keluaga dan saudara-mara.
Halmi berkata, kunjungan itu memberi makna yang cukup besar dalam kehidupannya, malah ia memberi semangat baru kepada dirinya untuk memulihkan kesihatan.
“Apa yang jelas Pak Lah adalah seorang individu yang sangat jujur dan tidak pernah melatah dalam sebarang masalah. Saya banyak belajar melalui sifatnya Abdullah berbual dengan keluarga Halmi. itu,” katanya.

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment