Saturday, June 2, 2012

Panas!!!!! Rahsia Dari Sabah Terbongkar!!!!

agen dsai












Saudara Pengarang,

SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Hj. Mohammad Bin Mentek dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ismail Ahmad berhubung kehadiran seorang Warga India yang dilantik sebagai 'Anak Angkat' Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah.

Saya, Chung Su Li (530316-12-XXXX) ingin melaporkan tentang salah laku seorang warga India yang bernama Nasir Bin Yusuf atau yang lebih dikenali Latiff. Beliau merupakan seorang agen pekerjaan swasta (haram) yang mempunyai 'kuasa non-eksekutif' untuk keluar masuk semua jabatan kerajaan, terutama Imigresen Sabah sesuka hati beliau.
Nasir @ Latiff yang memegang kad pengenalan projek 620605-12-6421 dan tinggal di 3L-3I, Country Height seolah-olah berjaya menjadi salah satu warga Imigresen atau ‘Pegawai Khas’ yang tidak potfolio di Jabatan Imigresen.

Untuk makluman, Nasir @ Latiff telah berjaya menjadi agen pekerjaan swasta yang paling berkuasa tanpa kelulusan Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk menguruskan pasport, visa dan dokumen lain kepada orang ramai tanpa lesen dan berjaya mengaturkan sindiket kad pengenalan projek kepada warga asing seperti India, Indonesia dan Filipina.

Majoriti rakyat India kenal Nasir @ Latiff kerana beliau telah membeli 'hati dan khidmat' semua pegawai yang bertugas di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara; sekalipun dengan sarapan mi kosong, top-up kredit telefon sehinggalah kepada nasi briyani istimewa.

Setiap urusan Nasir @ Latiff di dua jabatan penting ini dipermudahkan kerana beliau akan dilayan dahulu dan segala urusan beliau disegerakan; malah semua urusan yang menggunakan khidmat beliau 'LULUS' segera.

Nasir @ Latiff membuka sebuah kedai, JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu untuk menutup segala aktiviti haramnya. Jika diperiksa kedai ini, sudah pasti terdapat tidak kurang 50 passport dalam satu-satu masa di situ. Kedai ini dibuka untuk memperlihatkan wang yang ada padanya datangnya daripada hasil untung kedai tersebut.

Untuk makluman, Nasir @ Latiff mempunyai pengaruh yang amat kuat di Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara. Semua pegawai jabatan ini dirosakkan dengan mengajar mereka budaya menerima suapan @ rasuah. Pegawai dua jabatan penting ini terpaksa menerimanya kerana pegawai berpangkat tinggi turut terlibat dalam menerima rasuah.

Mengikut siasatan saya, pendapatan Nasir @ Latiff daripada menguruskan dokumen melalui jalan songsang ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan. Pendapatan seperti ini tidak perlu dibayar cukai sama sekali kerana tidak dapat dibuktikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Maka atas dasar inilah, beliau semakin hari semakin berani. Semuanya bermula pada tahun 2011, apabila Nasir @ Latiff telah mula menjadi salah satu agen membuat IC di Sabah yang mengenakan caj antara RM30,000 sehingga RM 70,000 setiap satu kad pengenalan.

Sindiket yang didalangi oleh rangkaian besar yang terdiri daripada pegawai JPN berjaya membuatkan IC kepada sekurang-kurang 30 orang setakat ini di Sabah. Saya mendapat tahu rangkaian ini diketuai oleh pegawai JPN Putrajaya dan Sabah iaitu Rahman (Gred 42-Ketua Unit Khas Sabah di Putrajaya); Farah; Susilan serta Ruslan Bin Alias (Pegawai Unit Khas) serta Suzie Binti Rafie (Pendaftaran K.K).

Pada mulanya, Jaafaer Henry yang membantu Nasir @ Latiff melalui Suzie untuk mendapatkan IC tersebut. Setelah berjaya mendapatkan IC untuknya, Nasir @ Latiff mula mencari untung dengan menawarkan IC kepada orang ramai dengan kaedah tersebut.

Mereka akan mengeluarkan kad Pengenalan orang yang telah mati atau Kad yang tidak dipungut oleh pemohon kepada pemohon yang bersedia membayar dengan jumlah yang diminta.

Mengikut Modus Operandi, mereka akan diberikan Sijil Lahir, Nombor IC Lama dan MyKad baru. Antara yang berjaya mendapat IC melalui cara ini ialah Musakkar bin Abdullah (620305-12-5961) yang sebelum ini menggunakan nama Kadersha Mydeen dalam pasport India bernombor A7754373 dan kini menjadi pemilik Restoran Farveen Curry House, berhampiran Shell, Kampung Air, Kota Kinabalu.

Sejajar dengan cadangan pengumuman penubuhan RCI oleh Perdana Menteri, maka sewajarnya bermula di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah dan jadikan Naser @ Latiff sebagai salah seorang 'Target' siasatan dan TOR yang mampu memberikan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

Salam Hormat, CHONG SU LI

No comments:

Post a Comment