Saturday, June 2, 2012

'Saya tak akan minta maaf kepada Shahrizat'

'Saya tak akan minta maaf kepada Shahrizat' - Nasional - Sinar Harian:

'Saya tak akan minta maaf kepada Shahrizat'
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM -  Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pendiriannya tidak akan meminta maaf kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung dakwaan salah laku rasuah melibatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengisytiharkan yang Shahrizat bersih daripada tuduhan isu NFC.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata pengumuman SPRM itu membuktikan yang pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar bagi mengaitkan Shahrizat dalam isu NFC dan bermotifkan politik.

“Saya tidak akan meminta maaf kepada Shahrizat,” tegas Saifuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambah beliau, keluarga Shahrizat yang sepatutnya meminta maaf secara terbuka kepada rakyat kerana menyeleweng dana kerajaan persekutuan sebanyak RM250 juta, yang disalurkan kepada NFCorp.
“Beliau perlu jelaskan secara terperinci ke mana perginya dana tersebut. Tidak mungkin jumlah wang cukup besar itu digunakan hanya untuk menternak lembu,” sindir beliau.
Pihaknya juga tetap dengan pendirian mereka bahawa isu rasuah harus ditangani secara serius.
“Tindakan rasuah ini jelas menunjukkan yang Shahrizat telah menyalahgunakan kuasanya dan menyeleweng wang rakyat sebagai Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat suatu ketika dahulu,” tambah beliau.
“Saya tidak akan terjebak atau menafikan pengumuman yang dibuat SPRM semalam tetapi mendesak agak keluarga Shahrizat menjelaskan secara terbuka berhubung isu ini,” ulasnya lagi.
Shahrizat,  bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), yang dimilki suami dan anaknya.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil semalam berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.
Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.
Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas.
Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment