Thursday, July 5, 2012

Derita sakit untut dua jiran


ALEXANDRA: Dua jiran terlantar di katil sejak beberapa tahun lalu akibat menderita penyakit bengkak kaki yang jarang berlaku.
Esther Ntshanlintshali dan Busisiwe Zulu menghidap sakit untut selepas digigit nyamuk.
Pasangan itu yang tinggal tidak jauh antara satu sama lain juga dipercayai penghidap penyakit itu yang pertama tinggal begitu hampir.
Esther, 69, terlantar di katil sejak 12 tahun lalu selepas kakinya membesar empat kali ganda daripada saiz normal.
 
“Saya menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Saya tidak boleh bergerak di sekeliling rumah atau keluar. Ia amat menyusah dan menyakitkan saya,” katanya.
Dan Busisiwe, 53, ibu tiga anak menghidap penyakit berkenaan sejak lapan tahun lalu di bandar Alexandra, Afrika Selatan.
Anaknya, Mbali, 32, berkata: “Dia teperangkap di dalam bilik ini dan sentiasa dalam kesakitan.”
Penyakit itu menjadi terkenal selepas filem ‘The Elephant Man’ yang diterbitkan pada 1980 oleh pengarah John Hurt.
Ia mengisahkan kehidupan penghidap sebenar, John Meerrick.
Penyakit untut berpunca daripada parasit bawaan nyamuk. – DM

No comments:

Post a Comment