Tentera rejim Syria memperhebatkan serangan ganas ke atas kumpulan pejuang yang menentang kezaliman Presiden Bashar Al-Assad di Aleppo, kata seorang aktivis tempatan, Mohammed Saeed semalam.
Menurutnya, terdapat serangan pada waktu malam di beberapa bahagian di bandar tersebut yang didiami tiga juta penduduk.
Beliau berkata, tentera Syria memperhebatkan serangan ganas dari udara kelmarin dan semalam.
Menurutnya, tentera rejim Bashar melakukan serangan di kawasan perumahan.
Beliau memberitahu agensi berita Ap menerusi Skype.
Pertempuran antara kumpulan pejuang dengan tentera rejim Bashar bermula sejak Mac tahun lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang yang tidak berdosa terbunuh.
Para pejuang itu menuntut Bashar meletakkan jawatan bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di negara tersebut.
No comments:
Post a Comment