KABUL - Afghanistan mengambil langkah drastik menghalang jualan kesemua akhbar Pakistan di negara itu atas alasan ia menjadi sumber maklumat kepada Taliban.
Keputusan itu diambil ketika ketegangan hubungan kedua-dua negara semakin meningkat.
Dalam perkembangan berasingan, Menteri Luar Afghanistan memberi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) amaran bahawa hubungan dengan Pakistan terancam ekoran 'serangan' di sempadan kedua-dua negara.
"Kegagalan menamatkan serangan sedemikian akan membawa risiko menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara," kata Menteri Luar Afghanistan, Zalmai Rassoul.