Saturday, September 22, 2012

Israel perlu didesak henti roboh rumah Palestin




         
BAITULMAQDIS: Kuartet Timur Tengah mesti mendesak Israel menghentikan perobohan rumah Palestin di Tebing Barat, kata gabungan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) global, semalam.

Dalam kenyataan ditujukan kepada kumpulan itu yang bakal bertemu di New York lusa, NGO terbabit menuntut kuartet berkenaan menekan kerajaan Israel untuk mengubah serta-merta dasar serta amalan mereka yang bercanggah dengan hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.


Memetik statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NGO itu berkata, perobohan kediaman penduduk Palestin meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun.

Kata mereka, ia meningkat kepada purata 64 unit sebulan pada tahun ini berbanding 23 pada 2009. Kadar pelarian bulanan meningkat daripada 52 orang pada 2009 menjadi 103 pada tahun ini.


“Kuartet mengeluarkan 39 kecaman terhadap Israel tetapi jumlah pelarian akibat pemusnahan haram rumah penduduk Palestin terus meningkat ke tahap tertinggi,” kata NGO itu. - AFP

No comments:

Post a Comment