Protes filem anti-Islam ‘gegar’ di Asia, Afrika Utara
Seorang kanak-kanak Muslim menyertai protes mengecam Amerika Syarikat di Jammu, Kashmir, India, hari ini. – Foto EPA
ISLAMABAD – Protes membantah filem dan kartun  menghina Nabi Muhammad SAW berterusan di banyak negara di benua Asia dan Afrika Utara hari ini manakala kerajaan Pakistan pula mengisytiharkan hari ini sebagai "hari cuti kebangsaan” bagi orang ramai menyertai demonstrasi.
Protes menyaksikan beberapa siri pertempuran dan sekurang-kurangnya satu kematian direkodkan di Peshawar, utara Pakistan.
Sementara itu, Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membeli ruang iklan di tujuh stesen televisyen bagi menunjukkan Presiden AS, Barack Obama mengutuk filem Innocense of Muslims.
Walaupun AS telah dipertanggungjawabkan agar menanggung beban protes tersebut, namun sentimen anti-Barat telah dicetuskan semula dengan penerbitan karikatur yang menyindir peribadi, pemimpin umat manusia, Nabi Muhammad SAW yang disiarkan dalam sebuah majalah Perancis.
Di Peshawar, penunjuk perasaan menyerang dan menggeledah dua bangunan pawagam. Seorang pemandu stesen TV Pakistan terbunuh manakala tujuh orang dilaporkan cedera apabila polis melepaskan tembakan bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan juga dilaporkan bermula dari bandar Rawang, Lahore dan Karachi.
Dalam perkembangan berkaitan, di pusat bandar Islamabad pula menyaksikan  pertempuran sengit  di antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan berlaku semalam.
BBCmelaporkan, sebelum itu, protes aman secara besar-besaran diadakan di luar Masjid Merah sehingga pasukan keselamatan terpaksa menutup sebahagian besar bandar untuk demonstrasi.
Kemudiannya, peluru getahtelah dilepaskan oleh polis semasa pertempuran di salah satu pintu masuk ke bandar.
Sebelum itu, puluhan peserta protes dilaporkan sudah mengadakan bantahan terhadap penyiaran filem itu di seluruh Pakistan sejak minggu lalu - membunuh sekurang-kurangnya dua orang - tetapi semalam kali pertama keganasan meletus di ibu kota.
Semua parti politik utama dan pertubuhan agama turut mengumumkan bantahan sama pada hari ini termasuk kumpulan perdagangan dan pengangkutan.
Pihak berkuasa Pakistan telah menggesa orang ramai untuk berdemonstrasi secara aman, dan mengambil langkah memotong talian perkhidmatan telefon mudah alih ke seluruh negara untuk mengurangkan risiko keselamatan sewaktu demonstrasi berlangsung.
Sementara itu, seorang pegawai keselamatan AS, Richard Hoagland telah dipanggil Kementerian Luar Pakistan dan bantahan rasmi telah dikenakan terhadap beliau selepas dilaporkan bersetuju bahawa kerajaan AS tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan filem itu.
Sebagai langkah keselamatan, Jabatan Negeri AS telah mengeluarkan amaran melarang rakyatnya untuk masuk ke Pakistan tanpa urusan yang penting.
Kedutaan ditutup
Bagi memastikan keselamatan pegawai-pegawainya berada pada tahap maksimum, kerajaan Perancis telah menutup kedutaan dan pejabat rasmi di kira-kira 20 buah negara di seluruh dunia Islam hari ini.
Langkah itu diambil selepas majalah satira Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW pada muka depan majalahnya.
Malahan, di dalam majalah itu turut diletakkan beberapa gambar termasuk gambar bogel.
Berikutan tindakan berani majalah itu, beberapa pemimpin Islam Perancis mengutuk tindakan majalah itu dan dalam masa sama telah meminta seluruh umat Islam bertenang ketika memberi khutbah Jumaat di masjid-masjid di seluruh negara pada hari ini.
Dalam pada itu, Charlie Hebdo dilaporkan telah habis dijual Rabu lalu dan telah diulang cetak sebanyak 70,000naskhah.
Di Tunisia pula - di mana Perancis merupakan bekas kuasa penjajah - kerajaan telah mengharamkan protes yang dibuat pada hari ini.
Protes tersebut diadakan untuk memprotes karikatur yang diterbitakan di majalah Charlie Hebdoakhirnya diadakan melalui mediasosial Tunisia.
Menteri Dalam Negerinya, AliLarayedh berkata, sebelum ini dipercayai beberapa kumpulan telah merancang protes ganas selepas solat Jumaat.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan keganasan akan berlaku di pusat bandar Libya, Benghazi selepas kumpulan penentang berkata mereka berarak di jalanan.
Sepanjang minggu ini, penduduk Benghazi mula memakai kain pengikat di lengan kiri dan pelekat bagi mengutuk serangan luar misi AS.
Sementara itu, militan jihad, Ansar al-Syariah dipersalahkan oleh sesetengah penduduk tempatan terhadap protes yang dipanggil “pertahankan Nabi Muhammad SAW".
Kedua-dua protes yang dijadualkan untuk masa yang sama.
Tidak ketinggalan, di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dilaporkan lebih daripada 5,000 orang membantah secara aman di hadapan kedutaan AS.
Sesetengah penunjuk perasaan telah membawa sepanduk yang menegaskan bahawa menghina agama bukan kebebasan bersuara.
Di Kaherah, di mana protes terhadap filem itu bermula, pasukan keselamatan Mesir terpaksa membuat rondaan di jalan-jalan sekitar kedutaan AS.
Puak radikal Islam telah bertempur dengan pasukan keselamatan di sana kebelakangan ini, walaupun Presiden Ikhwan Muslimin, Mohammed Morsi telah menjauhkan diri dari pergolakan, hanya mengutuk filem itu dan memanggil untuk demonstrasi aman.