IDLIB - Sebuah jet tentera rejim Assad di barat laut wilayah Idlib ditembak jatuh oleh salah satu brigade Tentera Kebebasan Syria (FSA) pada hari Khamis (30/8/2012).
Dalam sebuah video yang diterbitkan oleh FSA, yang juga diterbitkan Alarabiya, menunjukkan salah satu brigade FSA melaungkan Takbir, "Allahu Akbar", berkali-kali ketika pesawat jenis MIG-23 jatuh dari langit, asap tebal kelihatan dari jauh akibat letupan pesawat.
Dalam video terlihat dua anak kapal cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan payung terjun sebelum jet mereka jatuh.
Selain itu pada hari Rabu (29/8) Mujahidin juga menghancurkan 20 helikopter rejim dan 10 tank di sekitar pangkalan udara tentera TIftiaz, di utara bandar Aleppo, di mana pertempuran sengit antara Mujahidin dan pasukan loyalis Assad masih berlangsung.
Mujahidin mula menyerang lapangan terbang tentera tersebut, yang merupakan salah satu pangkalan tentera terbesar musuh di Idlib.
Sementara itu pesawat-pesawat tentera rejim terus melancarkan pengeboman di beberapa bahagian bandar hingga menyebabkan korban awam dalam jumlah yang besar.
No comments:
Post a Comment