Wednesday, September 5, 2012

Mujahidin IIA serang konvoy bekalan NATO, empat orang tewas


FARAH - Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (IIA) membakar sekurang-kurangnya dua tangki minyak NATO di Afghanistan barat, menewaskan empat orang dan mencederakan dua yang lain dalam sebuah serangan yang mensasarkan konvoy bekalan NATO.

Serangan mematikan ini terjadi di wilayah Farah pada Khamis (30/8/2012).

Lori-lori yang membawa bekalan dari Pakistan ke Afghanistan untuk pasukan penjajah AS-NATO, selalu menjadi sasaran serangan di wilayah kedua-dua negara tersebut. Hal ini berjaya membuat kerugian besar bagi Amerika Syarikat.

Dalam peristiwa yang lain, 12 penduduk kampung gugur dalam serangan udara yang dilancarkan salibis AS di wilayah Ghor pada Rabu (29/8). Serangan serupa seringkali terjadi dan AS selalu dengan ringannya hanya meminta maaf dan mendakwa bahawa itu adalah kemalangan, lalu mengulanginya kembali.

Kuasa boneka Afghanistan tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan tindakan kejam yang dilakukan pasukan penjajah asing terhadap warga awam Afghanistan. Mereka hanya mengecam, mengutuk, tanpa melakukan tindakan nyata.

No comments:

Post a Comment