Friday, September 7, 2012

Kisah cinta Hollande jadi tumpuan



Paris: Hasrat Presiden Perancis, Francois Hollande untuk tidak mendedahkan kisah cintanya dan membezakan beliau daripada pemimpin sebelum ini, Nicolas Sarkozy, tidak kesampaian gara-gara kerenah kekasihnya yang juga Wanita Pertama.

Valerie Trierweiler mendiamkan diri sejak kes Twitter Jun lalu membabitkan bekas teman wanita Hollande, Segolene Royal yang menggegarkan dunia politik Perancis dan dijadikan tajuk berita utama dunia. Perbalahan Trierweiler dengan bekas pasangan presiden itu dan ibu beranak empat, Hollande terus menarik perhatian.
Kekasih 3 dekad

Pertarungan Wanita, menjadi tajuk muka depan edisi terbaru majalah Le Nouvel Observateur, di sebelah gambar Trierweiler dan Royal, bekas kekasih Hollande selama tiga dekad.

Jumaat lalu, Le Parisien pula memilih tajuk The Royal Headache, manakala mingguan Marianne menyiarkan tajuk Secrets of a Trio from Hell.

Minat itu terus dipanaskan dengan penerbitan tiga buku sejak bulan lalu mendedahkan mereka bermusuh.
Paling menarik ialah La Favorite, tulisan bekas wartawan akhbar Le Monde, Laurent Geilsamer, secara langsung menyasarkan Trierweiler, yang bercerai dua kali selain wartawan berusia 47 tahun dan ibu kepada tiga anak.

Kamu berlagak tidak konvensional, cepat naik darah, tulisnya mengenai wanita glamor yang meneruskan kerjayanya dengan majalah Paris Match.

Buku LEx tulisan Sylvain Courage, mengesan perjalanan hidup tiga personaliti itu sejak 1980-an, ketika Hollande mula menjalin hubungan dengan Royal, juga ahli politik Sosialis, sebelum terpikat dengan Trierweiler yang ketika itu wartawan politik.

Mangsa politik

Royal juga tidak gembira, katanya, merujuk temu bual dengan ahli politik itu yang berkata beliau mangsa ketidakadilan dalam pilihan raya, Jun lalu.
Beliau menanti isyarat presiden yang malu kerana sebarang isyarat akan dianggap sebagai sokongan, kata Courage sambil menambah harapan Hollande untuk menjadi presiden normal sukar.
AFP

No comments:

Post a Comment